SEORANG kelihatan kusam, manakala seorang lagi terlalu terang.Demikian pandangan seorang perunding imej, Emi Idora mengenai pemilihan warna busana yang digayakan pasangan pengantin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah ketika majlis resepsi pada Ahad malam. Bagaimanapun, pandangan yang dibuat berdasarkan palet warna peribadi pasangan itu mengundang rasa tidak puas hati peminat sehingga ia kecoh di media sosial hingga dia menerima tempias apabila kredibilitinya dipersoalkan orang ramai.Terbaharu, seorang lagi perunding imej dikenali sebagai Wawa Idris pula tampil memberikan pandangan berbeza [Tonton Video] mengenai kesesuaian warna busana yang digayakan oleh pasangan yang digelar sebagai 'BASS' itu."Warna baju sanding Bella dan Syed Saddiq. Seorang nampak kusam, seorang nampak terang. Betul ke? Jadi, video ini adalah permintaan pengikut saya. Mereka minta saya bagi pencerahan. Biar saya terangkan tentang analisa warna," ujarnya.Syed Saddiq dan Bella sewaktu resepi mereka pada Ahad malam. -Foto AstroMenurut Wawa, kesesuaian warna busana tidak seharusnya bergantung kepada analisa semata-mata, sebaliknya ia juga perlu disesuaikan dengan situasi."Selepas buat analisa, anda akan dapat saranan warna daripada penganalisa. Memang ada sedikit perbezaan penggunaan warna untuk pakaian harian berbanding pakaian untuk bersanding atau majlis, yang mana anda berada dalam keadaan solekan penuh."Pastinya apabila kita berada dalam keadaan solekan penuh, kulit kita dah ada seperti lapisan kulit kedua. Ia akan mengubah beberapa aspek dekat muka. Contohnya saya sendiri, kalau saya kurang mekap, mungkin saya tak boleh bawa (pakai) warna-warna yang agak terang.ARTIKEL BERKAITAN: “Seorang kusam, seorang lagi terang” - Perunding imej tegur Bella Astillah, Syed Saddiq pilih warna tak ikut palet peribadi"Berbeza kalau saya dalam solekan penuh, ada sesetengah warna terang yang buatkan cantik apabila saya pakai. Dengan high coverage make up, teknik contouring, highlight, contact lense, semua ini boleh mengubah contrast level dan features wajah seseorang," jelasnya lagi.Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, Wawa berkata pemilina rona busana Syed Saddiq dan Bella adalah bersesuaian, malah berjaya menaikkan seri wajah pengantin ketika diraikan pada hari bahagia mereka.Peminat tumpang gembira melihat kebahagiaan Bella dan Syed Saddiq. -Foto Astro"Jadi berbalik kepada isu baju sanding Bella Astillah dan Syed Saddiq, bagi saya cantik, naik seri pengantin tu. Ia hasil kombinasi teknik solekan, perincian pada rekaan baju, pencahayaan dan juga aura mereka berdua itu sendiri."Ilmu warna memang membantu kita memilih warna yang paling menyerlahkan kecantikan semula jadi. Namun apabila menilai busana pengantin, kita perlu melihat keseluruhan penampilan dan konteksnya, bukan warna baju semata-mata," ujarnya lagi.Untuk rekod, Ahli Parlimen Muar dan pelakon itu diijabkabulkan dalam majlis yang berlangsung di Merdeka 118 Kuala Lumpur pada 10 Oktober.Majlis resepsi bagi edisi Kuala Lumpur pula berlangsung meriah pada Ahad malam di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).