suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berhujan di konsert Siti Nurhaliza, PM jawab teguran ‘orang warak’... Hadir hargai seni budaya Melayu

Anwar (kiri) hadir bagi memberi sokongan terhadap konsert tradisional Siti.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kehadirannya pada Konsert Tradisional Gema Bumantara bukan sekadar untuk menyaksikan persembahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, malah turut menghargai usaha mengangkat seni dan budaya Melayu.

Anwar berkata, konsert yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 Oktober lalu itu mengetengahkan pelbagai elemen warisan seni dan budaya tempatan yang wajar dibanggakan.

Menurutnya, persembahan wayang kulit, tarian tradisional serta pertunjukan budaya Sabah dan Sarawak mencerminkan keunikan dan kekayaan warisan seni negara.

Anwar menjelaskan tujuannya hadir ke konsert Siti pada Sabtu.

"Siti itu memang Biduanita yang terkenal dan persembahan konsert malam itu memperkasa budaya Melayu. 

"Wayang kulit, tarian tradisional, pertunjukan budaya Sabah dan Sarawak semuanya memberi kebanggaan kepada kekuatan warisan lagu klasik dan budaya Melayu.

"Saya pergi kerana Siti dan suaminya mohon sangat untuk saya hadir," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: 70,000 peminat Siti ‘restui‘ Konsert Tradisional Gema Bumantara dalam hujan

ARTIKEL BERKAITAN: PM puji Siti Nurhaliza, bangga konsert tradisional angkat seni warisan

Anwar berkata demikian ketika menjawab celoteh Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) di sidang Parlimen yang berseloroh meminta Ahli Parlimen Tambun itu mengajaknya bersama sekiranya menghadiri konsert pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Anwar turut mengulas pandangan dan kritikan yang timbul susulan kehadirannya pada konsert berkenaan.

Beliau secara berseloroh mengakui minatnya terhadap muzik bukan sahaja terhad kepada lagu Melayu dan Inggeris, malah turut merangkumi lagu Hindi.

"Terima kasih kerana yang menegur itu 'warak-warak' yang tidak pernah mendengar lagu. 

Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza memartabatkan budaya Melayu tradisional.

"Ini adalah kelemahan saya kerana meminati bukan sahaja lagu Inggeris dan Melayu, hindustan pun saya minat," ujarnya.

Pada Sabtu lalu, kehadiran Anwar di konsert berkenaan menarik perhatian ramai apabila beliau tetap berada di stadium menyaksikan persembahan Siti walaupun hujan, malah mengenakan baju hujan bagi meneruskan tontonan.

Konsert Gema Bumantara menghimpunkan kira-kira 70,000 penonton yang hadir menyaksikan persembahan penyanyi nombor satu negara itu dalam sebuah acara yang turut mengangkat keindahan seni muzik tradisional dan warisan budaya Melayu.

Artikel Lain