HUBUNGAN semakin erat anak sulung pelakon Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya dengan adik lelakinya, Muhammad Jarir Umar, menjadi antara perkembangan yang menggembirakan hati aktor itu.Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 36, berkata dia melihat sendiri perubahan hubungan kedua-dua anaknya setiap kali Fatima datang bertemu Jarir. Kata Fattah, Aisha kini semakin memahami peranannya sebagai seorang kakak."Setiap kali Fatima datang, nampak hubungan (bonding) mereka makin erat, Alhamdulillah. Malah baru-baru ini, dia begitu teruja sehingga bertanya kepada saya sama ada boleh membawa adiknya masuk ketika bersiaran langsung di TikTok.Fatima (kiri) teruja menyambut kelahiran adiknya, Jarir pada Jun lalu."Saya jelaskan belum masanya lagi kerana adik masih kecil. Insya-Allah suatu hari nanti bila adik sudah besar sedikit, kami akan kongsikan (wajah)."Saya faham ramai yang teruja dan teringin mahu melihat Jarir, cuma belum tiba masanya lagi. Fatima juga sekarang mula faham dia sudah bergelar kakak," katanya kepada media. Berkongsi perkembangan terkini Jarir, Fattah memberitahu anak lelakinya itu sudah mula menunjukkan kemajuan apabila semakin kuat menggerakkan badan dan belajar meniarap."Alhamdulillah, Jarir sekarang dia sudah pandai meniarap sedikit demi sedikit. Sebelum ini dia hanya terlentang sahaja, tetapi sekarang tangannya semakin kuat.ARTIKEL BERKAITAN: Amira & Fattah belum sedia dedah foto Jarir, mahu anak mereka membesar macam kanak-kanak biasaARTIKEL BERKAITAN: Sejuk hati lihat gelagat ‘ustaz daddy’ ajar anak mengaji, kagum dengan keluarga bahagia Fattah Amin"Dia sudah pandai menolak badan untuk cuba meniarap, itulah perkembangannya buat masa ini. "Selain menguruskan Jarir, kami berdua sememangnya sentiasa sibuk melayani Fatima," ujarnya.Dalam pada itu, Fattah mengakui rutin menjaga bayi yang kerap terjaga pada waktu malam turut menjadi sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Saya faham ramai yang teruja dan teringin mahu melihat Jarir, cuma belum tiba masanya lagi.FATTAH AMINPELAKONMenurutnya, apabila mendengar Jarir menangis pada waktu malam dia akan tetap sama berjaga bagi membantu isterinya, penyanyi Amira Othman menguruskan keperluan anak mereka."Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, pasti faham situasi rutin bangun tengah malam untuk menyusu dan sebagainya, memang sudah menjadi lumrah biasa."Walaupun saya perlu bekerja pada waktu pagi, namun apabila mendengar anak menangis tengah malam, memamg tak boleh teruskan tidur begitu sahaja. "Secara automatik saya akan terjaga untuk membantu isteri (Amira). Kami berdua sama-sama menggalas rutin menjaga Jarir yang kerap terjaga malam," katanya. Fattah kini bahagia bergelar bapa kepada dua cahaya mata.Untuk rekod, Fattah dan Amira atau Nadia Amira Othman, 33, mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025.Amira selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka, Muhammad Jarir Umar, pada 23 Jun lalu.Sebelum itu, Fattah pernah bernikah dengan pelakon Fazura pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha yang kini berusia 6 tahun.