PENYANYI Black Hanifah menepis tanggapan kononnya dia semakin memperlahankan kerjaya seni kerana mahu memberikan tumpuan kepada perniagaan yang diusahakan di Langkawi, Kedah.Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah, 39, berkata persepsi itu mungkin timbul kerana dia lebih kerap berkongsi perkembangan perniagaannya di media sosial berbanding aktiviti seni. Menurut Black, dia masih aktif menerima tawaran persembahan selain turut dilantik sebagai duta kepada beberapa jenama produk."Kalau dua tahun ini kurang nampak saya tidak lagi menyanyi, sebenarnya persepsi itu tidak benar. Black melancarkan single baharu berjudul Terlerai Sudah."Mungkin kerana saya banyak berkongsi tentang bisnes di media sosial. Dalam masa sama, saya juga ada menjadi duta bagi jenama produk. Perkara itu mungkin ramai yang terlepas pandang. "Insya-Allah saya masih lagi ada dalam industri untuk mewarnai industri muzik tanah air tempatan," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Black memberitahu jadual persembahannya padat sehingga penghujung tahun ini, sekali gus membuktikan dia tidak pernah berehat daripada bidang nyanyian.Malah, pelantun lagu Telerai Sudah itu menjelaskan, pelancaran lagu terbaharunya juga menjadi bukti kesungguhannya untuk terus berkarya dalam industri muzik tempatan.ARTIKEL BERKAITAN: Tayang kapal layar mewah dalam MV lagu baharu, Black bukan ‘tunjuk‘ kayaARTIKEL BERKAITAN: Black buat laporan polis, dikhianati pekerja vila... Rugi RM100,000“Setiap minggu masih dapat panggilan job ataupun show, Alhamdulillah sampai hujung tahun jadual dah ada. “Saya masih lagi berusaha untuk menempa nama di dalam industri. Bukan saya rehat. Tak pernah sekali saya fikir saya nak rehat sebab kalau tak, kenapa saya keluarkan lagi lagu Telerai Sudah ini"Cuma mungkin saya jarang keluar TV sekarang disebabkan agak sibuk dengan bisnes dan perkara lain", ujarnya.Mengulas lanjut, Black turut menjelaskan sumber kewangan yang digunakan untuk membangunkan perniagaannya di Langkawi adalah hasil titik peluhnya sebagai penyanyi sejak 2009.Kongsinya, kejayaan mengusahakan beberapa cabang perniagaan bukanlah sesuatu yang berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya hasil pendapatan yang dikumpul sepanjang bergelar anak seni.“Dulu orang cakap saya cuci duit. Sebenarnya 100 peratus apa yang saya ada di Langkawi, bisnes saya itu ialah daripada hasil saya menyanyi daripada tahun 2009 sampai sekarang. Black tidak pernah berehat daripada kerjaya seni.“Bukan tiba-tiba saya ada duit, tiba-tiba saya boleh buat villa dan sebagainya, bukan. Menyanyi masih menjadi punca pendapatan utama saya, Alhamdulillah. “Tanpa keluar di TV, sebenarnya saya banyak event-event, private event yang saya dapat jemputan. Cuma kalau orang nak tahu, kena ikut saya punya media sosial," katanya. Untuk rekod, Black kini memiliki beberapa perniagaan di Langkawi termasuk villa, perkhidmatan kapal layar mewah dan sebuah kafe.Penyanyi itu mula menceburi bidang perniagaan di pulau berkenaan sejak empat tahun lalu dan usahanya mendapat sambutan ramai.