PENYANYI Black Hanifah menafikan dakwaan menggunakan kapal layar mewah miliknya dalam muzik video single terbaharu, Terlerai Sudah, sebagai cara untuk menunjuk (flex) kekayaan.Sebaliknya, Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, 39, menjelaskan penggunaan kapal layar berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha mempromosikan perniagaannya di Langkawi, Kedah, selain memperkenalkan keindahan pulau peranginan itu kepada orang ramai. Kata Black, platform sebagai seorang selebriti perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memperluaskan promosi perniagaan yang diusahakannya.“Saya perlukan platform ini untuk tunjukkan apa yang saya ada kerana saya mempunyai bisnes di Langkawi. Black hanya bertujuan untuk mempromosikan perniagaannya sahaja. “Jadi kalau saya tak gunakan platform ini, apa gunanya saya jadi selebriti dan kalau tidak promosikan bisnes di Langkawi? “Ini adalah sumber lain untuk saya memperkenalkan Langkawi selain daripada publisiti yang ada. Kalau saya tunjuk ni bukan saya nak tunjuk kekayaan, tapi saya nak bagi motivasi,” katanya kepada mStar usai pelancaran single Terlerai Sudah yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada petang Jumaat. Dalam pada itu, Black turut menjelaskan bahawa perniagaan yang diusahakannya bukan semata-mata bertujuan mengaut keuntungan, sebaliknya menjadi platform untuk berkongsi rezeki dengan peminat.“Contoh saya buat villa. Saya bukan jual villa tu semata-mata untuk mendapat keuntungan. Setiap kali saya pergi show, saya akan tarik dua ke tiga orang, saya bagi penginapan percuma di villa saya. Disebabkan mereka ni minat saya. ARTIKEL BERKAITAN: Perjalanan awal Black Hanifah jadi inspirasi drama Suara Sunyi Di SubuhARTIKEL BERKAITAN: 17 tahun bergelar penyanyi, Black Hanifah tak pernah ambil cuti sakit“Saya tanya nama saja, saya bagi awak 3 hari 2 malam. Contoh. Saya bagi manfaat balik kepada peminat-peminat saya,” ujarnya. Mengulas lanjut mengenai dakwaan menggunakan platform media sosial untuk mempamerkan kemewahan, Black berpendapat setiap artis mempunyai cara tersendiri untuk memanfaatkan populariti masing-masing, termasuk bagi tujuan perniagaan.“Jadi kalau nak kata saya gunakan untuk menunjuk kekayaan, semua artis pun kaya. Cuma bagaimana cara dia menggunakan media sosial untuk mempromosikan bisnes itu yang membezakan,” katanya. Bercerita mengenai proses pembikinan lagu, Black menyifatkan kerjasama bersama konposer dan penulis lirik, Ba Ermy, Mas Dewanga, Jova Devito dan Datuk Aris Ab Rahman JP sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan. Black nafi sering tayang kemewahan. “Saya cuba membawa cerita dalam lagu ini melalui penyampaian dan cara sendiri. “Komposer dan penulis lirik berjaya menghasilkan sebuah lagu yang bukan sahaja sedap didengar tetapi mempunyai emosi yang kuat,” katanya. Untuk rekod, Black memiliki perniagaan villa, perkhidmatan kapal layar mewah dan sebuah kafe di Langkawi. Penyanyi berkenaan memulakan perniagaan di Langkawi sejak empat tahun lalu dan mendapat sambutan ramai.