suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wany Hasrita kemalangan kecil, kereta dilanggar dalam perjalanan ke lokasi acara

Wany menunjukkan bahagian kereta yang rosak akibat kemalangan.

PENYANYI Wany Hasrita terlibat dalam kemalangan kecil ketika dalam perjalanan untuk melakukan sesi ujian bunyi (soundcheck) bagi sebuah acara pada malam Jumaat.

Rkaman kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan kereta dinaiki Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 34,  dirempuh oleh sebuah kenderaan lain yang muncul secara tiba-tiba dari sebelah kanan.

Kejadian dipercayai berlaku di persimpangan Sungai Merab, Lebuhraya SILK sekitar pukul 8.26 malam.

Rakaman dari dashcam kereta Wany menunjukkan sebuah kenderaan tiba-tiba hilang kawalan. 

Menerusi hantaran yang dibuat, Wany memaklumkan keretanya calar dan mengalami kerosakan kecil pada bahagian bonet hadapan akibat kemalangan itu.

Dia bagaimanapun meneruskan perjalanan menuju ke lokasi acara sebelum membuat laporan polis.

"Alhamdulillah tiada yang serius. Kereta calar dan bonet terangkat sikit.

ARTIKEL BERKAITAN: “Susah berlakon... saya banyak syarat“ - Wany Hasrita kekok bertentang mata lelaki selain suami 

ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita tiada bajet bikin MV ‘Lembayung Tari’, peminat sanggup kumpul dana RM1 seorang

"Demi kerja, teruskan juga. Balik kerja nanti baru rancang nak buat laporan polis," katanya.

Dalam hantaran sama, Wany turut meminta pendapat umum berkaitan urusan tuntutan insurans selepas berlaku kemalangan.

Malah, dia turut didatangi beberapa khidmat penunda kereta yang mahu membantu.

Wany membuat laporan polis selepas selesai sesi soundcheck sebuah acara. 

"Tiba-tiba ramai yang datang bantu nak towing. Katanya kalau tak naik towing, kereta tak boleh tuntut insurans," kongsinya.

Dia kemudian berkongsi menuju ke balai polis bagi membuat laporan selepas sesi raptai acara yang disertainya.

 

Artikel Lain