PENGARAH muzik Datuk Ramli MS membidas pandangan segelintir pihak yang mencadangkan agar program realiti Gegar Vaganza (GV) direhatkan atas alasan rancangan itu semakin membosankan dan hilang nilai eksklusiviti.Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohd Salleh, 67, menjelaskan GV masih mengekalkan kedudukan kukuh sebagai antara program dengan jumlah tontonan tertinggi, selain terus menjadi rebutan syarikat korporat yang berminat untuk menaja rancangan berkenaan. "Kalau hendak cakap suruh rehat-rehatlah dahulu, mereka yang bercakap itu bukan individu yang duduk di dalam pengurusan Astro untuk mengira duit. Tok Ram menjelaskan GV merupakan program yang mendapat tontonan tertinggi. "Sebab hakikatnya mereka yang menguruskan kewangan tahu, penaja melambak mahu masuk taja program ini. Mereka sanggup membayar kerana GV berada pada kedudukan paling atas pada setiap tahun."Melihat daripada situasi, kalau betul-betul sudah tenat memanglah patut berhenti, tetapi ada pertimbangan urus niaga lain. Stesen televisyen seperti Astro pun takkanlah mahu membunuh jenama yang mereka ada,” katanya kepada mStar. Bagaimanapun, Ramli mengakui cabaran terbesar pihak produksi adalah mendapatkan penyanyi memandangkan ia semakin terhad selepas berbelas musim bersiaran.ARTIKEL BERKAITAN: Ramli MS mahu lahirkan ‘anak monster’ di UiTM, beri amaran awal kepada pelajar selepas dilantik sebagai Profesor AdjungARTIKEL BERKAITAN: [V] “Bukan maksud kasar“ - Ramli MS beri komen ‘pedas‘ tambah baik potensi peserta BSR“Masalah utama kita sekarang adalah kehabisan bahan mentah (peserta). Yang itu orang ramai kena faham. Memang susah nak dapat dan industri kita boleh dikatakan sudah 'tandus'.“Saya kira sudah lebih 160 artis yang pernah menyertai pentas ini. Berapa ramai pula yang sudah meninggal dunia? Berapa ramai yang vokalnya sudah tidak mampu menyanyi lagi?“Bagi penyanyi yang masih memegang status popular, mereka memang tidak akan sertai dan kita pun menghormati perkara itu dengan tidak memanggil mereka. Ada juga artis yang sudah lama tidak muncul di televisyen menolak kerana bimbang identiti nyanyian mereka hilang,” jelasnya.Tok Ram harap pesert GV13 dapat memberikan persembahan terbaik. Untuk info, Gegar Vaganza muzim ke-13 (GV13) dijangka bakal bersiaran pada bulan depan. Ggear Vaganza yang bermula pada tahun 2014 itu menampilkan Ayai Ilusi sebagai pemenang pertama manakala Iskandar Ismail pula merupakan juara bagi Gegar Vaganza tahun lalu.