suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kucing dipercayai mangsa perbuatan tidak senonoh sudah diselamatkan, suspek direman 7 hari!

Antara kucing yang diselamatkan anggota polis bersama pencinta haiwan di kediaman suspek. -Foto FB Nor Izyan Syahida

SEORANG lelaki berusia 49 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seekor kucing di Selising, Pasir Puteh, Kelantan.

Perintah reman bermula Selasa hingga Isnin depan (26 Oktober) itu dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Datuk Nik Azlan.

Suspek yang bekerja sebagai pembuat papan pemotong ditahan polis kira-kira pukul 10 pagi pada Isnin susulan laporan berhubung penyebaran sebuah video melibatkan seekor kucing di media sosial.

Rakaman berdurasi 56 saat itu memaparkan perbuatan tidak senonoh terhadap haiwan berkenaan di sebuah kediaman di Selising.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dengan tangan bergari dan diiringi anggota polis. 

Lelaki yang memakai baju-T hitam serta seluar panjang berwarna krim itu dilihat dibawa ke mahkamah bagi proses permohonan reman.

Suspek yang belum berkahwin itu turut mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan pecah rumah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, penularan video yang didakwa memaparkan perbuatan tidak senonoh terhadap kucing berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai, khususnya pencinta haiwan.

Dalam pada itu, polis turut menyiasat dakwaan bahawa suspek mempunyai masalah kesihatan mental serta memiliki kad perubatan hospital.

Pada Isnin malam, sepasukan polis bersama aktivis pencinta haiwan bergegas mengambil beberapa ekor kucing dari rumah keluarga suspek.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Saari Yaacob berkata, langkah pantas itu diambil semata-mata demi menjamin keselamatan kucing-kucing terbabit daripada terus terancam.

Dalam pada itu, kucing yang disyaki menjadi mangsa kekejaman diambil dan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan serta siasatan lanjut.

Artikel Berikut

Artikel Lain