suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murid perempuan Tahun Satu meninggal dunia, alami sesak nafas dalam kelas

Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian seseorang. -Gambar hiasan

SEORANG murid perempuan Tahun Satu meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah dekat Dengkil, Selangor, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 7.30 malam pada 19 Oktober.

Menurut Norhizam, mangsa diberikan bantuan resusitasi awal di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Norhizam berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian. 

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat yang dijalankan pada Selasa.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan berhubung insiden berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Vishno Kumar Tharuma Rethinam, menerusi talian 011-11021528 bagi membantu siasatan.

Artikel Lain