suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum sempat pindah, barang depan lif hilang... Lelaki dakwa peti sejuk, tong gas penuh isi pun lesap - “Ingat aku buang ke?”

Lazimnya penghuni kediaman strata mengumpul dan meletakkan barang di sudut lif buat sementara waktu sebelum proses pemindahan dilakukan. -Gambar hiasan AI

URUSAN berpindah rumah sememangnya memenatkan terutama mereka yang tinggal di kawasan kediaman berkonsepkan strata.

Maklumlah, barang rumah perlu dikemas dengan teliti dan diangkut satu per satu ke ruang lobi sebelum dapat dipindahkan ke kediaman baharu.

Namun, belum sempat segala penat lelah itu reda, seorang individu terpaksa berdepan satu dugaan apabila barangan yang dikumpulkan di hadapan lif untuk dipindahkan, didakwa lesap hanya dalam masa lima minit.

"Aku letak barang depan lif apartment, level 10 sebab nak angkut pindah rumah. Masuk semula rumah dalam lima minit, keluar terus licin.

Proses pindah rumah adalah sesuatu yang memenatkan. -Gambar hiasan AI

Proses pindah rumah adalah sesuatu yang memenatkan. -Gambar hiasan AI

"Barang hilang, kabinet kasut, peti ais, tong  gas penuh, dapur, laci baju bayi. Aku penat-penat angkut ke hulu ke hilir barang nak pindah, kau sedap-sedap ambil," luahnya di Thread.

Menyedari ada yang beranggapan barang tersebut hendak dibuang, jelasnya, tong gas yang diletakkan bersama kabinet berkenaan masih penuh isipadunya.

"Takkanlah aku nak buang? Tong gas penuh pun nak anggap buang sampah ke?" soalnya yang seolah-olah kecewa dengan sikap tidak prihatin segelintir individu.

  • Penat menguruskan perpindahan rumah, seorang lelaki diuji apabila barangannya didakwa lesap selepas ditinggalkan di hadapan lif selama lima minit.
  • Antara yang hilang ialah peti ais, kabinet kasut, tong gas penuh, dapur dan laci pakaian bayi.
  • Dia menegaskan barangan itu diletakkan sementara untuk dipindahkan, bukannya hendak dibuang.
  • Laporan polis sudah dibuat, namun dia masih memberi peluang kepada individu terbabit untuk memulangkan barang ke tempat asal.
  • Jika tidak dipulangkan, dia berhasrat mendapatkan kebenaran pemeriksaan rumah ke rumah dengan bantuan pengawal keselamatan dan pengurusan apartmen.

Berharap barang yang diambil itu dipulangkan semula, lelaki ini turut menyatakan bahawa dia telah membuat laporan polis berhubung kehilangan tersebut.

Namun katanya, jika barang tersebut tidak dipulangkan, dia menyatakan hasrat untuk mendapatkan kebenaran bagi melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah dengan bantuan pengawal keselamatan dan pihak pengurusan apartmen.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya simpati dan berharap agar urusan mangsa dipermudahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Penat pun belum hilang” - Wanita diminta pindah selepas 5 bulan menyewa, tuan rumah ‘bijak’ hantar ejen selesai masalah

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan suami isteri ‘downgrade’ rumah sewa RM600... Kini hadap bau najis haiwan, burung merpati berak pada pakaian

"Laju betul curi, memang ada geng ni, semoga dipermudahkan urusan untuk dapatkan barang semula.

"Ramai warga asing kan? Dulu pernah pergi rumah kawan dekat situ, persekitaran dia macam tak bagus.

"Perkara biasa yang berlaku, dulu baju raya saya kena rembat, baru-baru ni beg FoodPanda pun kena ambil," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain