suria

“Penat pun belum hilang” - Wanita diminta pindah selepas 5 bulan menyewa, tuan rumah ‘bijak’ hantar ejen selesai masalah

Proses pindah rumah adalah sesuatu yang memenatkan. -Gambar hiasan AI

PROSES mencari rumah sewa tidak semudah disangka apatah lagi kebanyakan pemilik akan meletakkan pelbagai syarat termasuk deposit dalam jumlah besar.

Bagi golongan kurang berkemampuan, deposit yang perlu dibayar akan menjadi beban apatah lagi dengan kos lain seperti pemindahan barang dan mencuci rumah.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila dia diminta mengosongkan rumah sewanya walaupun baru berpindah lima bulan lalu.

Kata wanita itu, dia berasa dipermainkan apatah lagi mereka sudah menandatangani kontrak menyewa selama setahun.

Ada segelintir tuan rumah mahu kediamannya dikembalikan kepada keadaan asal sebelum disewa. -Gambar hiasan AI

Ada segelintir tuan rumah mahu kediamannya dikembalikan kepada keadaan asal sebelum disewa. -Gambar hiasan AI

"Aku rasa macam dipermainkan pula dengan tuan rumah ini. Aku baru duduk tak sampai lima bulan.

"Baru je sewa, tiba-tiba adik dia nak duduk. Kau ingat senang ke orang nak cari duit deposit rumah," luahnya geram.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh menyewa dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membayar sewa tepat waktu setiap bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Culas bayar sewa hingga terpaksa halau keluar... ‘Owner’ terkejut penyewa tinggalkan longgokan al-Quran wakaf - “Siap ada senarai nama”

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu ‘rampas’ rumah sewa, halau penyewa tanpa persetujuan bapa mentua... Rupanya rancang nak tinggal secara percuma!

Malah menegaskan dia bukan penyewa bermasalah malah menjaga rumah tersebut seperti miliknya sendiri.

"Penat (berpindah) pun belum hilang, nak cari duit pun susah. Tiba-tiba suruh keluar dengan alasa tak munasabah," katanya lagi.

Dalam pada itu, wanita itu turut berkongsi tangkap layar mesej daripada pihak ejen yang memaklumkan pemilik rumah memintanya keluar selewat-lewatnya hujung bulan Jun depan.

  • Penyewa kecewa diminta keluar selepas lima bulan.
  • Dia dakwa selalu bayar sewa tepat masa.
  • Tuan rumah mahu guna rumah untuk keluarga.
  • Penyewa masih dalam kontrak setahun.
  • Netizen cadang ambil tindakan undang-undang.

Ejen berkenaan turut memohon maaf selain memaklumkan perkara itu adalah keputusan pemilik rumah.

Perkongsian wanita itu mencetuskan pelbagai reaksi, dengan ramai netizen menyarankan dia mengambil tindakan undang-undang.

"Kalau ada surat perjanjian kena bayar pampasan kepada penyewa sebab kena keluar sebelum habis kontrak. 

"Nak pindah pun kena keluar modal, keluar tenaga lagi. Tuan rumah macam tiada akal," komen netizen.

Artikel Lain