DALAM soal memilih pasangan hidup, ramai beranggapan masa bercinta sudah cukup untuk mengenali perangai sebenar seseorang.Namun hakikatnya, setiap orang mempunyai sisi 'gelap' yang hanya akan terserlah selepas tinggal dan tidur sebantal sebagai suami isteri. Seorang individu menceritakan kisah rakan baiknya yang menyesal berkahwin dengan seorang duda walaupun sudah diberi amaran oleh bekas isteri lelaki tersebut."Saya ada seorang kawan, dia berkahwin dengan duda. Sebelum kahwin, dia pernah approach bekas isteri duda tersebut, nak tanya fasal lelaki itu daripadanya," katanya dalam hantaran di media sosial.Ada individu mendapatkan pandangan pihak ketiga sebelum membuat sesuatu keputusan. -Gambar hiasan AIBagaimanapun ujarnya, bekas isteri lelaki tersebut didakwa memberi gambaran kurang baik mengenai sikap bekas suaminya itu.Malah memberi amaran keras serta meminta rakannya menimbang semula keputusan bernikah dengan lelaki berkenaan."Bekas isteri kata lelaki ini langsung tak matang, memang tak layak kahwin selain jenis hancurkan perkahwinan."Dia juga kata lelaki itu ada circle yang tak matang juga, termasuk ahli keluarga dia. Selain itu, duda ini jenis love bombing," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: Baru seminggu nikah suami berani buat hal, naik tangan kantoi langgan servis urut B2B... Wanita pilih cerai sedar kena ‘scam’ARTIKEL BERKAITAN: Ungkit kisah silam, disoal tentang solat pada pertemuan pertama... Wanita kecewa sikap dingin keluarga kekasihNamun disebabkan 'buta' kerana cinta, rakannya tidak mengambil peduli semua amaran tersebut apatah lagi lelaki itu dan keluarganya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda 'red flag'.Malangnya, kebahagiaan diharapkan hanya bertahan seketika apabila 'belang' sebenar suami mula terserlah hanya selepas sebulan berkahwin."Sempat bahagia sebulan, selepas itu mula dah perangai sebenar duda ini."Dia tak percaya sebelum ini, sekarang dia pula yang tersiksa kena hadap perangai suami dia," katanya lagi.Seorang individu berkongsi kisah rakannya yang menyesal berkahwin dengan seorang duda selepas mengabaikan amaran bekas isteri lelaki itu.Sebelum berkahwin, rakannya ada bertanya sendiri kepada bekas isteri duda tersebut tentang sikap lelaki berkenaan.Bekas isteri mendakwa lelaki itu tidak matang dan mempunyai pengaruh rakan serta keluarga yang negatif.Rakannya tetap meneruskan perkahwinan kerana tidak nampak sebarang tanda buruk sebelum kahwin.Selepas sebulan berkahwin, perangai sebenar suami mula terserlah.Ringkasan ini dijana oleh AIWarga maya pula berharap kisah itu dapat menjadi pengajaran kepada wanita di luar sana sebelum membuat keputusan berkahwin."Sebelum kahwin dengan duda, lebih baik selidik terlebih dahulu. Tanya bekas isteri fasal nafkah semua. Saya belajar daripada kesilapan lalu."Saya pun akan cerita je kalau bakal isteri bekas suami saya datang bertanya."Allah dah bagi hint, lepas tu kau tepis sebab kau lagi percaya naluri cinta," demikian antara komen netizen.