suria

Kali pertama dan terakhir jemput datang rumah! Wanita trauma tetamu selamba cebok berak anak dekat sinki dapur - “Dia balik, aku menangis sental”

Menjaga tingkah laku bukan sahaja mencerminkan adab, malah membuatkan tuan rumah berasa lebih selesa menerima kehadiran tetamu. -Gambar hiasan AI

PASTI dalam kalangan kita pernah mendengar ungkapan tetamu yang bertandang ke rumah sebagai pembawa rezeki.

Namun ada kalanya kehadiran mereka meninggalkan pengalaman sukar dilupakan buat tuan rumah dengan sikap tetamu yang tiada 'common sense'.

Demikian juga dengan kisah dikongsikan seorang wanita apabila tindakan seorang tetamu di rumahnya membuatkan dia masih terkenang insiden tersebut walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu.

"Pernah ada tetamu datang rumah, anak dia berak, nak tumpang cuci najis anaknya.

Melayani tetamu dengan baik merupakan antara adab yang dituntut dalam Islam. -Gambar hiasan AI

"Dia terus ke sinki dapur. Speechless aku! Dia cuci berak anak dia dekat sinki aku selalu 'berperang' masak untuk keluarga aku," kongsinya.

Tambah wanita itu, dia sempat mempersoalkan tindakan tetamunya yang dianggap tidak sesuai kerana terdapat tandas di rumahnya.

"Aku cakaplah kenapa tak cebok dekat jamban atau bilik air? Dia kata, dia takut anak dia jatuh. Teganya hatimu," ujarnya lagi.

Menurutnya, insiden tersebut benar-benar memberi kesan sehingga dia masih mengingatinya sehingga hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Wanita terkedu mentua beli kereta daftar atas namanya, sanggup bayar ‘cash’ guna duit KWSP - “Saya ni menantu hantu!”

ARTIKEL BERKAITAN : Wanita runsing fikir nasib bayi, pengasuh sibuk buat bisnes kek... Siap minta ‘stroller’, senang nak bawa anak pergi beli barang

"Walaupun kejadian dah 10 tahun lepas, aku ingat lagi sampai sekarang. Dia balik, aku menangis sental sinki," katanya.

Malah wanita itu turut mengakui kejadian tersebut menjadi penyebab dia tidak lagi menjemput individu berkenaan ke rumahnya selepas insiden itu.

"Memang itu yang pertama dan terakhir jemput dia datang rumah," tambahnya lagi.

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dengan tindakan tetamu berkenaan.

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman 'trauma' apabila tetamu mencuci najis anak di sinki dapurnya.

  • Tetamu tersebut memberi alasan takut anak terjatuh jika dibersihkan di bilik air.

  • Wanita itu mengakui masih teringat kejadian berkenaan walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu.

  • Dia turut mendakwa menangis sambil menyental sinki selepas tetamu itu pulang.

  • Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan tindakan tetamu itu tidak beradab dan pengotor.

Mereka berpendapat tetamu sepatutnya menjaga adab dan lebih peka soal kebersihan serta menghormati ruang di rumah orang lain.

"Walaupun bayi yang kamu rasa suci sebab minum susu ibu, tapi tahi adalah tahi. Najis adalah najis.

"Pengotornya. Kalau saya, minta duit ganti sinki baru. Memang tidaklah nak guna dah. Terbayang tahi tu, aduhai.

"Tabiat yang rare, jawapan yang rare ni memang tujuh keturunan kita ingat. Kesian sinki awak," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain