SEORANG wanita terkejut apabila mengetahui ibu mentua meletakkan namanya sebagai pemilik sebuah kereta yang dibeli menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).Jelasnya, ibu mentuanya membeli kereta tersebut bagi kegunaan harian bersama bapa mentua seperti ke pasar raya atau masjid. Namun dia pelik tetapi terharu apabila kereta itu didaftarkan atas namanya walaupun ibu mentua mempunyai enam orang anak kandung."Dia boleh pilih nak letak nama siapa saja tapi kenapa saya yang dia pilih?Hubungan baik antara mentua dan menantu boleh memberi kesejahteraan dalam sesebuah institusi keluarga. -Gambar hiasan AI"Saya ini hanya menantu hantu (tidak sempurna), kadang-kadang ada juga berlaga angin dengan dia," ceritanya di Threads.Bercerita lanjut, wanita itu berkali-kali bertanya kepada ibu dan bapa mentuanya tentang perkara itu kerana berasa pelik kereta itu didaftarkan atas namanya.Namun, alasan diberikan mereka memang mahu memberikan kereta tersebut kepadanya tanpa sebab tertentu."Kereta sudah beli bayar cash dekat tuan asal kereta. Sudah bawa balik kereta itu berbulan, nama masih owner lama.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas makcik sembang kencang! Canang sekampung anak koperal askar beli rumah, Honda CRV lepas kahwin cikguARTIKEL BERKAITAN: Wanita beli kereta baharu, suami pula ambil kredit depan ibu mentua... Terus jadi ‘bisu’ dipuji anak bertanggungjawab"Bila saya kata okey letak je nama saya. Ibu bapa mentua saya seronok, baru mereka uruskan semua termasuklah cap jari," ceritanya lagi.Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang cuba meneka alasan sebenar ibu mentuanya berbuat demikian.Ada berpendapat ia mungkin berkaitan insurans kerana hanya satu nama boleh digunakan bagi tujuan No Claim Discount (NCD)."Insurans ada satu nama saja, mungkin sebab dia belum ada kereta jadi boleh guna untuk insurans sebab NCD seorang satu kereta sahaja.Ibu mentua beli kereta terpakai guna wang KWSP dan letak atas nama menantu.Walaupun ada enam anak, menantu dipilih sebagai pemilik kereta itu.Wanita itu pelik dan berkali-kali bertanya sebab sebenar.Netizen percaya ia bagi urusan insurans dan elak perebutan.Tetapi jelasnya, kos roadtax dan repair masih ditanggung mentuanya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Mungkin sebab mereka tak nak nanti anak-anak berebut kalau mereka sudah tiada. Senang bagi pada menantu, dan mungkin awak menantu yang paling 'ngam' di hati mereka," komen beberapa netizen.Menjawab komen seorang netizen yang mengingatkannya supaya bersedia menguruskan kos penyelenggaraan serta cukai jalan, wanita itu menjelaskan perkara tersebut tidak membebankan."Kalau nak renew roadtax, dia akan bagi duit dan saya cuma bantu perbaharui melalui aplikasi MyJPJ. Insurans pula dibeli melalui ejen. "Baru-baru ini baiki pendingin hawa hampir RM600 pun ibu dan ayah mentua yang bayarkan sendiri. Saya pun tak tahu mereka sudah pergi bengkel depan taman masa itu untuk baiki aircond," jelasnya.