Setiap pasangan perlu berkongsi perihal kewangan bagi mengelakkan konflik di kemudian hari. -Gambar hiasan AI
ISU pilih kasih atau sikap 'bias' ibu mentua terhadap anak lelaki sendiri bukanlah perkara asing dalam masyarakat kita. Terbaharu, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila suaminya hanya mendiamkan diri selepas menerima ucapan tahniah meskipun pujian tersebut dituai hasil dari penat lelahnya sendiri. "Aku baru beli kereta baru, sepenuhnya duit aku termasuk bayaran bulanan, cukai jalan, penyelenggaraan dan sebagainya."Langsung tak pakai duit suami walau satu sen pun dan dia diamkan perkara ni.Hubungan menantu dan ibu mentua boleh menjadi renggang disebabkan salah faham. -Gambar hiasan AI"Tapi apabila mak mentua tahu, dia puji dan ucap tahniah pada suami walhal 100 peratus duit aku," luahnya di Threads.Tidak hanya itu, dia turut mendedahkan kenderaan yang digunakan suaminya untuk ulang alik bekerja adalah miliknya.Lebih mengguris hati, dia juga menanggung lebih separuh perbelanjaan rumah.Wanita kecewa usaha beli kereta guna duit sendiri tak dihargai.Ibu mentua puji suami walhal langsung tak keluar modal.Dakwa tanggung majoriti belanja rumah dan aset keluarga.Suami hanya berdiam diri, tak jelaskan keadaan sebenar.Netizen nasihat jangan ‘cover’, perlu berterus terang.Ringkasan ini dijana oleh AINamun ibu mentuanya menyangkakan aset, keperluan rumah dan kos belanja keluarga adalah hasil daripada anak lelakinya."Mak mentua aku selalu anggap duit belanja keluarga semua pakai duit anak jantan dia."Sedangkan 2 per 3 belanja household aku yang tanggung," tambahnya yang kecewa dengan sikap ibu mentuanya itu.ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sama macam mak” - Tolak rasa kecil hati, wanita gigih belajar masak dengan ibu mentua! Baru sedar ‘ujian’ suami ada maksud di sebalikARTIKEL BERKAITAN: Ada cucu kesayangan, terang-terangan pilih kasih.... Menantu 'angin' sikap ibu mentua - "Tak boleh tengok anak aku lawa"Luahan tersebut nyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasibnya."Tak perlu berdiam diri lepas ni, kalau dia cakap depan awak, terus terang je yang semua tu guna duit awak."Mungkin patut berhenti 'cover', supaya mak mentua awak nampak semua tu."Boleh cuba post kat media sosial dan tayang kunci baru sambil kapsyen 'hasil titik peluh sendiri'," demikian reaksi netizen.