suria

“Lelaki memang raja!” - Suruh basuh pinggan sebiji pun melawan, gadis buntu hadap perangai kurang ajar adik darjah 5

Anak-anak wajar dididik untuk melakukan kerja rumah sejak kecil agar mereka boleh berdikari. -Gambar hiasan AI

DALAM sesebuah keluarga, didikan sejak kecil memainkan peranan besar dalam membentuk sikap dan nilai seseorang anak.

Namun, realitinya tidak semua anak membesar dengan nilai yang selari seperti diharapkan, malah berani menunjukkan sikap kurang menyenangkan meskipun masih di usia muda.

Itulah yang diluahkan oleh seorang wanita apabila berkongsi kisah mengenai adik bongsunya yang masih bersekolah rendah, namun bersikap kurang ajar.

"Sedih betul bila adik sendiri yang baru darjah 5, merendahkan perempuan dalam rumah. 

Golongan lelaki juga tidak seharusnya terkecuali membantu melakukan kerja rumah. -Gambar hiasan

"Dia tinggalkan pinggan atas meja lepas makan, lepas tu pergi basuh tangan tak reti nak bawa pinggan tu sekali," tulisnya dalam hantaran di Threads.

Lebih mengecewakan, teguran yang diberikan bukan sahaja tidak diendahkan, malah dibalas dengan kata-kata dianggap biadab.

"Bila aku marah, dia kata kerja dalam rumah ini semua perempuan kena buat. 

"Memang aku dengan mak aku ini orang gaji tak berbayar pun dalam rumah ni. Mak aku dah tegur pun pandai dia menjawab. 

ARTIKLE BERKAITAN: Suami menangis tak larat tanggung keluarga, geram adik-beradik malas kerja... Isteri pasrah nafkah kerap tertunggak

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup ‘single’, wanita kena tanggung beradik perempuan dah kahwin... Adik ipar malas kerja, tagih ihsan beli lampin anak

"Aku sindir dia, cakap memang kau anak raja pun. Dia balas balik, lelaki kan memang raja, ada ke raja perempuan?" ceritanya.

Tambahnya, sikap tersebut amat berbeza jika dibandingkan dengan dirinya ketika kecil dahulu yang sudah diajar berdikari biarpun masih bersekolah rendah.

"Padahal dulu aku darjah 3 dah pandai iron baju sendiri, tapi bila anak lelaki bongsu ni, tak tahu la nak cakap macam mana lagi," ujarnya.

  • Seorang wanita sedih adik bongsunya yang kini darjah 5 bersikap kurang ajar.

  • Adiknya didakwa tidak membantu kerja rumah, malah meninggalkan pinggan selepas makan.

  • Teguran yang diberikan dibalas dengan jawapan biadab.

  • Biarpun sedih, dia berharap adiknya akan berubah.

  • Perkongsian tersebut mengundang reaksi netizen yang menegaskan pentingnya didikan tegas tanpa mengira jantina sejak kecil.

Walaupun berasa kecewa, wanita tersebut tetap berharap agar suatu hari nanti adiknya itu akan memahami realiti kehidupan sebenar. 

"Tak pandai nak doa buruk-buruk untuk adik sendiri, tapi harapnya nanti Allah tunjuklah dekat dia macam mana susahnya kehidupan bila dia dah hidup seorang kelak," akhirinya.

Di laman komen, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Sebahagian daripada komen netizen.

Ada yang berpendapat sikap sedemikian berpunca daripada cara didikan dan layanan berbeza terhadap anak lelaki dan perempuan dalam sesebuah keluarga.

Malah, segelintir netizen menasihatkan agar ibu bapa memainkan peranan lebih tegas dalam mendidik anak sejak kecil supaya tidak terbiasa dengan sikap pilih kasih atau stereotaip jantina.

"Jangan biar melarat, lempang je muka dia. Kau akan menyesal tegur lembut-lembut.

"Aku ni anti mak pukul budak kecil. Tapi kalau darjah 5 mulut kurang ajar dengan kakak dan mak macam tu, memang makan pelempang," komen segelintir netizen.

Artikel Lain