suria

Suami dapat gaji ‘lebat’ di Singapura dipandang serong, dituduh tak bersyukur rezeki di tanah air sendiri

Segelintir individu gemar berkongsi berita baik dengan keluarga. -Gambar hiasan AI

SESIAPA sahaja pastinya memasang impian untuk mengubah nasib keluarga dan memberikan kehidupan yang lebih selesa buat insan tersayang.

Namun, di sebalik usaha gigih untuk meningkatkan taraf ekonomi, sering kali timbul salah faham daripada orang sekeliling seperti dialami wanita ini.

Lebih mengejutkan apabila dia mendakwa terdapat individu yang beranggapan usaha tersebut disebabkan rasa tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Menceritakan semula perkara itu, wanita ini berkata segalanya bermula apabila dia berkongsi berita gembira mengenai suaminya yang berjaya mendapat tawaran kerja di Singapura dengan pendapatan bulanan berlipat ganda.

Suami isteri perlu sentiasa berbincang tentang hal ehwal keluarga. -Gambar hiasan AI

Suami isteri perlu sentiasa berbincang tentang hal ehwal keluarga. -Gambar hiasan AI

"Suami dapat kerja di Singapura dengan gaji berlipat ganda, inilah masanya untuk selesaikan mana-mana hutang dengan cepat dan upgrade life.

"Tapi orang tak faham, ingat suka-suka nak gaji besar dan kami tak bersyukur," luahnya di Thread.

Mengakui berasa kecil hati dengan tanggapan segelintir individu, wanita ini menjelaskan situasi sebenar yang dialami mereka ketika berhadapan dengan 'waktu sesak'.

Baginya, walaupun tidak hidup melarat, namun tahap kewangan mereka selama ini hanyalah sekadar mencukupi untuk kelangsungan hidup harian.

  • Wanita kongsi suami dapat kerja di Singapura, gaji lebih tinggi.
  • Niat nak langsaikan hutang dan tingkatkan kehidupan keluarga.
  • Dakwa ada yang anggap mereka tak bersyukur.
  • Jelaskan hidup sekadar cukup, pernah juga lalui kesempitan.
  • Netizen nasihat abaikan kata orang, fokus masa depan.

"Kami bukanlah miskin tapi cukup-cukup sebab aku dah berhenti kerja untuk jaga anak-anak. Ada masa memang sesak juga sebab komitmen dan perkara kecemasan... makanlah apa yang ada.

"Takkan la kami nak bercerita setiap kali kami sesak, jadi yang tak duduk sekali memang tak faham sebab nampak kami ada rumah dan kereta," tambahnya menceritakan situasi yang dialami.

Lebih ralat lagi, 'kesenangan' luar yang dilihat membuatkan suaminya sentiasa menjadi tumpuan tempat orang meminta pertolongan, sedangkan mereka sendiri sedang bergelut dalam diam.

"Mereka tak nampak macam mana kami struggle teruskan kehidupan. Apabila orang nak pinjam duit, suami tetap bagi kalau ada lebih sikit-sikit.

ARTIKEL BERKAITAN: 15 tahun bayar, hutang belajar belum langsai! Jururawat nekad kerja di Singapura, setiap hari bangun pukul 3 pagi

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji besar kerja di Singapura, kawan-kawan seronok ‘pau’! Asyik minta belanja tapi tak pernah ucap terima kasih

"Sedangkan masa suami sesak, dia tak pernah pun pinjam sampai kadang-kadang nak belikan barang anak pun tak sampai hati," luah pengadu yang turut menjalankan bisnes kecil-kecilan membuat kek.

Luahannya itu mendapat perhatian warga maya dengan rata-ratanya meminta supaya dia fokus dengan kehidupan baru tersebut.

"Pedulikan apa orang cakap, hal keluarga awak, buatlah yang terbaik.

"Abaikan mulut orang, suami saya dulu pun nak kerja kat sana tapi banyak mulut yang mengata, sekarang yang mengata tu pergi gelap balik pun gelap," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain