suria

Pilih nak ’settle’ tepi, pelancong ‘terduduk’ kena bayar pampasan RM1,200 lepas kantoi curi kipas tangan harga RM63

Perbuatan suspek dirakam CCTV premis. -Facebook Case Study

SEORANG pelancong India terpaksa membayar pampasan sehingga 20 kali ganda nilai barang selepas didakwa mencuri sebuah kipas mudah alih di sebuah pusat beli-belah.

Kejadian berlaku di sebuah kedai aksesori telefon apabila suspek bersama rakannya dilihat memasuki premis tersebut dan membelek beberapa barangan sebelum beredar.

Namun, selepas keadaan kedai menjadi sibuk, pekerja tidak menyedari kehilangan sebuah kipas mudah alih yang diletakkan di rak.

Pemilik kedai itu kemudiannya meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati lelaki berkenaan mengambil kipas tersebut sebelum meninggalkan premis.

Suspek yang kemudian ditemui masih berada di dalam pusat beli-belah yang terletak di Bangkok, Thailand itu pada awalnya menafikan dia mencuri.

Bagaimanapun, selepas ditahan oleh pengawal keselamatan dan pihak kedai, kipas berkenaan dijumpai berada dalam simpanannya.

Pemilik kedai kemudian meminta pampasan sebanyak 20 kali ganda daripada harga asal kipas yang bernilai 490 baht (sekitar RM63), menjadikan jumlah bayaran 9,800 baht (lebih kurang RM1,200).

Lelaki itu akhirnya bersetuju membayar jumlah tersebut menggunakan kad kredit, namun transaksi itu ditolak sebelum dia membuat bayaran secara penuh bagi menyelesaikan isu dan mengelakkan tindakan lanjut.

Kes tersebut diselesaikan di lokasi tanpa sebarang tindakan undang-undang dilaporkan setakat ini. -Agensi

Artikel Lain