suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Digilis treler dalam perjalanan pergi mekap, pengantin perempuan temui ajal di hari perkahwinan

Kemalangan mengakibatkan pengantin perempuan maut di tempat kejadian. -Gambar hiasan AI

SUASANA gembira sebuah keluarga yang sedang menanti detik penyatuan dua hati bertukar menjadi tragedi berdarah apabila pengantin perempuan maut dalam kemalangan ngeri tepat pada hari perkahwinannya.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di Uttar Pradesh, India, ketika mangsa yang dikenali sebagai Rachna, 22, sedang dalam perjalanan menuju ke salun kecantikan untuk persiapan terakhir majlisnya.

Menurut laporan, mangsa yang membonceng motosikal bersama adik lelakinya hilang kawalan setibanya di sebuah persimpangan jalan.

Akibatnya, mangsa terjatuh ke atas jalan sebelum sebuah treler dari arah bertentangan yang tidak sempat mengelak terus melanggarnya.

Pelanggaran tersebut mengakibatkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pegawai polis, Deepak Singh mengesahkan mangsa meninggal dunia selepas digilis kenderaan berat tersebut.

Menurutnya lagi, treler terbabit sudah disita dan pemandunya ditahan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, seorang wakil keluarga mangsa, Rajesh Rajbhar menyifatkan kejadian berkenaan amat menyedihkan kerana suasana gembira bertukar menjadi duka dalam sekelip mata. -Agensi

Artikel Lain