suria

Demi kad Pokemon, dua lelaki bersubahat rempuh kedai

Pencuri nekad rempuh kedai dan merompak kad Pokemon.

 

DUA lelaki nekad merempuh sebuah kedai menggunakan kereta sebelum melarikan kad permainan dan barangan lain bernilai kira-kira 1.5 juta yen (RM37,126) di Osaka, Jepun pada Selasa.

Berdasarkan laporan, kejadian berlaku sekitar pukul 3.45 pagi di daerah Naniwa apabila rakaman kamera keselamatan jalan raya menunjukkan sebuah kenderaan mengundur lalu merempuh pintu kedai.

Dua suspek kemudian keluar dari kenderaan dan segera memasuki premis berkenaan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam kedai pula menunjukkan kedua-dua lelaki itu memecahkan kotak pameran sebelum mengambil kad Pokémon serta barangan lain dan memasukkan ke dalam beg.

Polis memaklumkan, suspek hanya mengambil masa kira-kira dua minit sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

Seorang pekerja kedai meluahkan kebimbangan susulan insiden tersebut.

"Ini sangat teruk. Walaupun kami baiki pintu, kami tetap takut perkara sama akan berulang," katanya. -Agensi

Artikel Lain