suria

Lepas letak di leher, ular tedung menjalar masuk dalam seluar! Pengunjung hotel temui ajal ketika tonton ‘show’ haiwan berbisa

Bisa ular boleh menyebabkan kematian. -Gambar hiasan

SEORANG pelancong maut selepas dipatuk seekor ular tedung ketika menonton pertunjukan haiwan di sebuah hotel. 

Kejadian pada awal April melibatkan lelaki warga Jerman berusia 57 tahun itu berlaku di Hurghada, Mesir.

Menurut polis Bavaria, persembahan bermula dengan dua ekor ular diletakkan di sekeliling leher beberapa penonton.

Situasi menjadi lebih serius apabila pawang ular membenarkan salah seekor ular tedung itu masuk ke dalam pakaian mangsa sebelum ia bertindak agresif dan menggigit kaki lelaki tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Luar biasa berani... Wanita ini ternak 60,000 ular berbisa, raih lebih RM580,000 setahun - “Sakit dipatuk sukar dilupakan”

Mangsa menunjukkan simptom keracunan serius dengan segera dan pasukan perubatan melakukan bantuan pernafasan di lokasi sebelum dia dikejarkan ke hospital berhampiran. 

Namun, mangsa disahkan meninggal dunia tidak lama selepas tiba di hospital.

Walaupun pihak pendakwa sudah memulakan siasatan dan sedang menunggu keputusan toksikologi, terdapat percanggahan antara laporan tempatan dan antarabangsa.

Apabila dihubungi oleh Agence France-Presse, pihak berkuasa Mesir memaklumkan bahawa mereka “tidak mengetahui mengenai insiden tersebut.” -Agensi

 

Artikel Lain