suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Doa awal, akhir tahun bukan sunnah... Umat Islam boleh berdoa bila-bila masa

Umat Islam digalakan berdoa setiap masa. -Gambar hiasan

AMALAN membaca doa awal tahun dan akhir tahun yang sering dilakukan sebahagian masyarakat sempena kedatangan bulan Muharam bukanlah satu amalan bersumberkan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Perkara itu dijelaskan oleh penceramah bebas, Dr Danial Zainal Abidin, yang berkata amalan tersebut tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah SAW mahupun para sahabat kerana ia tidak wujud pada zaman Baginda.

Menurut Danial, sistem kalendar Islam yang menetapkan permulaan dan pengakhiran tahun hanya diperkenalkan pada era Khalifah Umar Al-Khattab RA, sekali gus menjadikannya sebagai satu urusan pentadbiran dan bukan ibadah khusus.

“Kalender Islam ini mula wujud pada zaman Umar Al-Khattab, bukan zaman Nabi SAW.

"Maka doa awal tahun dan akhir tahun juga tidak pernah menjadi amalan Nabi dan para sahabat,” katanya [Tonton Video].

Dr Danial turut menegaskan bahawa umat Islam digalakkan berdoa pada bila-bila masa, namun tidak wajar mengaitkan amalan doa awal dan akhir tahun sebagai sunnah Nabi sekiranya tiada dalil yang sahih mengenainya.

“Kalau nak berdoa, berdoalah seperti biasa. Tidak ada kelebihan khusus yang disebut dalam nas mengenai doa awal atau akhir tahun,” jelasnya.

Beliau dalam masa sama menasihatkan agar perbezaan pandangan dalam isu ini tidak menimbulkan pertikaian dalam kalangan masyarakat, sebaliknya disikapi dengan harmoni.

“Kalau nak buat, buatlah. Tapi jangan kata ia sunnah Nabi. Kita buat tanpa menimbulkan perbalahan,” katanya.

Artikel Lain