suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan ambil mudah! Zakat tak gugur walaupun dah bertahun-tahun culas, lunas segera sebelum jumlah jadi makin besar

Orang ramai boleh hadir ke kaunter untuk mendapatkan bantuan kiraan zakat. -Gambar hiasan AI

PUSAT Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berkongsi satu persoalan yang sering ditanya oleh pembayar zakat, khususnya mereka yang baru sedar tentang kewajipan tersebut.

Antaranya, soalan yang kerap timbul ialah sudah bekerja bertahun-tahun, baru nak mula bayar zakat sekarang. Bagaimana dengan tahun-tahun sebelumnya?

Menurut penjelasan PPZ-MAIWP di Threads, zakat yang tertinggal tidak gugur walaupun sudah bertahun-tahun, sebaliknya ia perlu dilunaskan semula kerana ia dianggap sebagai hutang yang masih perlu dibayar.

Bagi mereka yang sudah mencapai nisab pada tahun-tahun tertentu tetapi tidak menunaikan zakat, ia perlu diqada.

Jika tidak ingat jumlah tepat pendapatan lama, anggaran paling hampir masih dibenarkan dalam Islam kerana ia tidak membebankan sesuatu yang di luar kemampuan.

Kaedah pemotongan zakat melalui gaji juga memudahkan orang ramai. -Gambar hiasan AI

Kaedah pemotongan zakat melalui gaji juga memudahkan orang ramai. -Gambar hiasan AI

Sumbangan kepada asnaf tidak semestinya menggugurkan zakat

PPZ-MAIWP turut menjelaskan, terdapat situasi di mana seseorang memberi bantuan terus kepada fakir miskin atau saudara mara dan menganggap ia sudah mencukupi sebagai zakat.

Namun, jika jumlah yang diberikan tidak menepati kadar zakat yang wajib, maka baki yang kurang tetap perlu dilunaskan sebagai zakat.

Bagi memudahkan urusan, PPZ-MAIWP menyarankan Skim Potongan Zakat Bulanan (PZB), di mana zakat dipotong terus daripada gaji setiap bulan tanpa perlu pengiraan manual.

Lebih praktikal, pembayar zakat juga boleh menambah sedikit jumlah potongan bulanan bagi membantu melangsaikan tunggakan zakat secara berperingkat.

Jangan tangguh bayar zakat

PPZ-MAIWP mengingatkan agar tidak menangguhkan urusan zakat kerana semakin lama ditunda, semakin besar jumlah yang perlu diselesaikan.

Orang ramai boleh hadir ke kaunter PPZ untuk mendapatkan bantuan kiraan zakat. 

Pegawai zakat akan membantu membuat semakan tanpa sebarang penilaian, bagi memudahkan proses penyelesaian hutang zakat yang tertunggak.

Artikel Lain