suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanggup ‘travel’ jauh demi konsert dan bola? Hadam dulu penjelasan ini, silap gaya tak sah solat jamak qasar

Musafir yang dibenarkan mengambil rukhsah mestilah bukan bertujuan melakukan maksiat. -Gambar hiasan AI

BEKAS Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan bahawa hukum seseorang bermusafir semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak atau menghadiri konsert perlu diteliti secara mendalam, berdasarkan tujuan serta kandungan aktiviti tersebut.

Hal ini amat penting bagi menentukan sama ada individu berkenaan layak atau tidak untuk menggunakan kemudahan (rukhsah) solat jamak dan qasar.

Menurut beliau, asas utama yang digariskan oleh fuqaha Syafi‘iyyah ialah musafir yang dibenarkan untuk mengambil rukhsah mestilah bukan bertujuan melakukan maksiat.

Imam al-Nawawi menerusi Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab menyebut maksiat tidak menjadi sebab untuk memperoleh rukhsah.

Konsert bergantung kepada kandungan

Dr Zulkifli menjelaskan, hukum menghadiri konsert adalah bergantung kepada isi kandungannya.

Jika terdapat unsur haram seperti pergaulan bebas, pendedahan aurat, tarian yang tidak dibenarkan atau unsur mabuk, maka ia termasuk dalam maksiat.

Musafir untuk menonton perlawanan bola sepak dibenarkan mengambil rukhsah solat jamak dan qasar, namun bergantung pada keadaan. -Gambar hiasan AI

Musafir untuk menonton perlawanan bola sepak dibenarkan mengambil rukhsah solat jamak dan qasar, namun bergantung pada keadaan. -Gambar hiasan AI

Justeru, jika seseorang bermusafir semata-mata untuk tujuan tersebut, maka dia tidak dibenarkan mengambil rukhsah jamak dan qasar.

Bola sepak asalnya harus, tetapi boleh berubah

Bagi perlawanan bola sepak pula, beliau berkata ia pada asalnya adalah harus dan oleh itu, musafir untuk menonton perlawanan tersebut dibenarkan mengambil rukhsah solat jamak dan qasar.

Namun, ia boleh berubah menjadi tidak dibenarkan sekiranya perjalanan itu disertai unsur maksiat seperti melalaikan solat, pergaduhan penyokong, perjudian atau aktiviti tidak bermoral.

Beliau menegaskan para fuqaha tidak menilai berdasarkan nama sesuatu tempat atau program, sebaliknya berdasarkan hakikat aktiviti tersebut.

Sebagai contoh, pergi ke stadium untuk menonton bola sepak secara santai harus dibenarkan, namun jika ia disertai perjudian atau pergaduhan, ia menjadi musafir maksiat.

Begitu juga dengan konsert, ia menjadi haram jika sarat unsur maksiat, manakala program hiburan yang mematuhi syarak tidak termasuk dalam kategori maksiat.

Dalil ulama

Dalam kitab Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Imam al-Nawawi turut menegaskan bahawa qasar hanya dibenarkan dalam perjalanan yang bukan maksiat.

Beliau menyatakan bahawa jika seseorang bermusafir untuk melakukan maksiat seperti merompak atau memerangi umat Islam, maka tidak dibenarkan qasar dan tidak boleh mengambil rukhsah musafir.

Hal ini kerana rukhsah tidak boleh digunakan untuk tujuan maksiat serta tidak boleh menjadi jalan membantu perbuatan dosa.

Artikel Lain