suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak main keluar ‘dating’, Ustaz Adnin dedah trik taaruf cara tersendiri... Siap buat grup WhatsApp sekali dengan bakal mentua!

Ahmad Adnin berkongsi pandangan berkaitan hubungan sebelum nikah di dalam podcast Sembang Seram.

RAMAI dalam kalangan kita beranggapan proses bercinta dengan cara keluar berdua-duaan merupakan jalan terbaik untuk mengenali hati budi bakal pasangan sebelum mendirikan rumah tangga.

Namun menurut pendakwah bebas, Ahmad Adnin Roslan, Islam sebenarnya mempunyai kaedah tersendiri yang lebih selamat dan terpelihara iaitu menerusi konsep taaruf.

Beliau menjelaskan bahawa Islam tidak pernah melarang proses perkenalan sebelum berkahwin, malah ia digalakkan bagi memastikan seseorang itu benar-benar mengenali bakal pasangan.

Ahmad Adnin berkongsi pandangan berkaitan hubungan sebelum nikah di dalam podcast Sembang Seram.

Ahmad Adnin (kiri) berkongsi pandangan berkaitan hubungan sebelum nikah di dalam podcast Sembang Seram.

"Sebelum kahwin memang kita kena kenal. Takkan nak kahwin dengan orang yang kita tak kenal langsung. Dalam Islam, proses itu dipanggil taaruf. 

Kita diharuskan melihat wajah bakal pasangan dan berjumpa untuk mengenalinya, tetapi ada syarat tertentu yang perlu dipatuhi," katanya.

Pengasas Tarbiah Sentap itu berkata demikian dalam podcast Sembang Seram [Tonton Video] yang dikendalikan oleh Safwan Nazri.

Menurut Ahmad Adnin, pertemuan antara lelaki dan wanita yang ingin berkahwin perlu ditemani mahram bagi mengelakkan fitnah serta perkara yang tidak diingini.

"Apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan, akan ada yang ketiga iaitu syaitan.

"Sebab itu jika berjumpa atau berkomunikasi, sebaiknya melibatkan mahram atau ahli keluarga," ujarnya.

Grup WhatsApp

Ahmad Adnin turut berkongsi pengalamannya sebelum berkahwin apabila mewujudkan kumpulan WhatsApp yang disertainya dengan ibu bapa, bakal isteri dan bakal mentua bagi membincangkan urusan perkahwinan.

Katanya, amalan tersebut mungkin dianggap janggal oleh sesetengah pihak, namun ia mampu mengelakkan pelbagai masalah yang sering berlaku dalam hubungan sebelum nikah.

Beliau berpandangan ramai individu memulakan hubungan dengan alasan mahu mengenali pasangan, namun akhirnya terjerumus ke arah perkara yang tidak sepatutnya.

"Pada awalnya mungkin sekadar mengingatkan solat atau menegur tentang aurat, tetapi sedikit demi sedikit hubungan menjadi semakin rapat sehingga melangkaui batas.

"Sebab itu Islam menetapkan garis panduan yang jelas untuk menjaga kedua-dua pihak," katanya.

Ibu bapa perlu melibatkan diri menjadi pihak ketiga dalam hubungan anak yang belum bernikah. -Gambar hiasan AI

Ibu bapa perlu melibatkan diri menjadi pihak ketiga dalam hubungan anak yang belum bernikah. -Gambar hiasan AI

Mengulas tentang cara terbaik mengenali seseorang, Ahmad Adnin berkata perangai sebenar seseorang tidak semestinya dapat dilihat ketika sedang bercinta.

Sebaliknya, beliau menyarankan agar bakal pasangan mendapatkan maklumat daripada individu yang rapat dengan seseorang seperti ibu bapa, adik-beradik, guru dan rakan-rakan.

"Tapi kalau kita tanya orang sekelilingnya dan majoriti memberi pandangan yang baik, itu lebih menggambarkan peribadinya yang sebenar," jelasnya.

Latar belakang keluarga

Beliau turut berkongsi beberapa kriteria penting yang boleh dijadikan panduan oleh wanita yang sedang mencari jodoh.

Antaranya ialah memilih lelaki yang mempunyai akhlak baik, bertanggungjawab dalam soal nafkah serta mempunyai sifat sebagai provider.

"Kalau baru nak berkenalan tetapi sudah meminta macam-macam daripada perempuan, itu bukan ciri seorang provider.

"Selain itu, pilihlah pasangan yang sekufu daripada segi nilai dan cara hidup supaya lebih mudah mencapai persefahaman selepas berkahwin," katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan melihat latar belakang keluarga bakal pasangan kerana hubungan perkahwinan bukan hanya melibatkan suami dan isteri semata-mata.

"Ada keadaan suaminya baik, tetapi keluarga pula menjadi punca konflik sehingga menyebabkan rumah tangga terganggu.

"Sebab itu keluarga juga perlu diambil kira dalam proses memilih pasangan hidup," katanya.

Artikel Lain