suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kalau tak kena selera, jangan kutuk! Netizen kena hadam hadis ini, Rasulullah dah lama pesan adab dengan makanan

Makanan merupakan rezeki yang perlu dihargai. -Gambar hiasan AI

MAKANAN merupakan salah satu nikmat kehidupan yang bukan sahaja mengenyangkan, tetapi menjadi sebahagian daripada budaya dan rutin harian manusia.

Namun dengan pelbagai pilihan yang meluas serta budaya berkongsi ulasan secara terbuka di media sosial, wujud kecenderungan sesetengah pihak untuk mencela makanan tanpa menjaga adab dan pertimbangan yang sewajarnya.

Menurut mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, akhlak Nabi Muhammad yang wajar dijadikan contoh adalah Baginda tidak pernah mencela makanan.

Apabila tidak menyukai sesuatu makanan, Baginda akan meninggalkannya. 

Hal ini boleh dilihat melalui hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa beliau berkata:

Maksudnya: Rasulullah SAW tidak pernah mencela  makanan. Jika Baginda berkeinginan untuk memakannya, Baginda akan memakannya; dan jika Baginda tidak suka, Baginda akan meninggalkannya. [Riwayat Bukhari dan  Muslim]

Adapun mengenai dhab (biawak padang pasir), Baginda menyatakan: "Aku tidak mengemarinya" ia bukanlah berkaitan dengan aib pada makanan tersebut, tetapi lebih kepada memberi tahu tentang sifat dhab  tersebut.  [Lihat Minhah al-’Allam]

Telah dinyatakan dalam kitab ‘Aun al-Ma’bud bahawa Imam al-Nawawi menyebut: Antara  adab makan ialah tidak mencela  makanan, seperti mengatakan ia terlalu masin, masam, kurang garam, keras, lembut, atau belum masak, dan sebagainya.

Dalam isu ini, Syeikh Ibn Bazz menyatakan: Daripada kesempurnaan akhlak adalah tidak mencela makanan bahkan menawarkan kepada sesiapa yang berkehendak tanpa mencelanya.

Kesimpulan

Rasulullah sendiri, apabila tidak suka dengan sesuatu makanan, Baginda memilih untuk meninggalkannya tanpa mengeluarkan perkataan yang mengandungi celaan. 

Ini adalah contoh kesempurnaan dan keutamaan adab yang diajar oleh Rasulullah yang sepatutnya kita teladani.

Artikel Lain