SETIAP kali tibanya Hari Raya Aidiladha, mereka yang menyertai ibadah korban akan membuat agihan daging kepada keluarga, jiran serta golongan memerlukan.Namun, timbul pula persoalan tentang tempoh untuk menyimpan daging korban, malah ramai sebenarnya yang masih keliru mengenai hukumnya dalam Islam. Ini berikutan wujudnya satu hadis yang melarang daging korban disimpan lebih daripada tiga hari.Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, para ulama berbeza pendapat terhadap hukum menyimpan daging korban.Berikut merupakan dua pendapat yang masyhur:1. Haram menyimpan daging korban melebihi tiga hariIni adalah pendapat Ali RA dan juga pendapat Ibn Umar R.Anhuma. Ia berdasarkan sebuah hadis riwayat Muslim iaitu daripada Abu Ubaid bahawa beliau berkata:Maksudnya: Aku telah bersama Ali bin Abi Talib ketika hari raya (korban) maka beliau memulakannya dengan solat sebelum berkhutbah dan berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW menegah kita daripada memakan daging korban melebihi tiga hari”. [Riwayat Muslim]Seterusnya, Ibn Umar R.Anhuma juga ada menyebutkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:Maksudnya: Janganlah salah seorang daripada kamu memakan daripada daging korban melebihi tiga hari. [Riwayat Muslim]2. Dibolehkan untuk menyimpan daging korban melebihi tiga hari dan hadis mengenai larangannya itu telah dimansukhkanIni adalah pendapat jumhur para ulama.Terdapat banyak hadis yang menunjukkan kepada keharusan menyimpan daging korban melebihi tiga hari, antaranya riwayat daripada Abdul Rahman bin Abis daripada bapanya telah bertanyakan kepada ‘Aisyah R.Anha adakah Rasulullah SAW telah melarang memakan daging korban melebihi tiga hari dan jawab ‘Aisyah R.Anha:Sambutan Aidiladha pastinya lebih bermakna dengan agihan daging korban kepada golongan yang memerlukan. -Gambar hiasan AIMaksudnya: Tidaklah Rasulullah SAW melakukannya (iaitu melarangnya) pada tahun di mana manusia berasa lapar dan demikian itu Rasulullah SAW mahukan akan yang kaya dapat memberi makan kepada yang miskin. Namun kemudiannya kami juga menyimpan bahagian kaki kambing dan memakannya 15 hari kemudiannya. [Riwayat Al-Bukhari]Begitu juga dengan beberapa hadis yang menunjukkan larangan tersebut telah dimansukhkan, antaranya:Daripada Salamah bin al-Akwa’, telah berkata Rasulullah SAW:Maksudnya: Sesiapa yang melakukan korban janganlah kamu menyimpan sesuatu pun daripada daging tersebut di rumah. Ketika mana tibanya tahun hadapan, para sahabat bertanyakan kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW, adakah perlu kami melakukan sepertimana tahun lepas. Jawab Baginda SAW: “Makanlah kalian, berikanlah makan kepada orang lain dan simpanlah kerana pada waktu itu (tahun yang lepas) manusia berada di dalam kesusahan (iaitu kelaparan) dan aku menginginkan agar kamu membantu yang lain”. [Riwayat Al-Bukhari & Muslim]KesimpulanMelihat kepada perbahasan ini, kami katakan pendapat kedua lebih tepat dan ianya telah memansukhkan pendapat pertama sepertimana yang dinukilkan riwayat-riwayat yang berkaitan dengannya sebelum ini.Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan: “Dibolehkan untuk menyimpan sebahagian daripada daging korban. Adapun larangan menyimpan daging korban melebihi tiga hari dilarang oleh Nabi SAW kemudian Baginda SAW telah mengizinkannya dan ianya thabit di dalam hadis yang sahih lahi masyhur.” Ianya juga melihat kepada ‘illah (sebab) mengapa Rasulullah SAW melarangnya kerana pada waktu itu berlakunya musim kelaparan dan tujuan larangan tersebut adalah untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan. Sekiranya daging korban di simpan melebihi tiga hari, maka tujuan memberi makan mereka yang memerlukan tidak tercapai. Ini juga disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’.