APABILA tiba hari lahir atau ulang tahun perkahwinan, ramai dalam kalangan kita yang memilih untuk meraikannya dengan membeli kek, meniup lilin, menyediakan jamuan makan dan berkumpul bersama insan tersayang.Namun begitu, sebagai umat Islam, setiap sambutan perlulah diteliti daripada sudut hukum syarak agar tidak bercanggah dengan ajaran agama. Hukum menyambut hari lahir dan ulang tahun perkahwinanMenurut Mufti Wilayah Persekutuan, sebahagian ulama memberi pandangan bahawa hukumnya harus.Tetapi, ia mestilah mengikuti beberapa garis panduan seperti tidak diiktikadkan (meyakini) sambutan tersebut sebagai pegangan Islam, satu sunah mahupun perkara yang digalakkan dalam Islam.Memetik kenyataan tokoh ilmuan, Fadhilatus Syeikh Rusydi Salim al-Qalam, antara lain beliau berkata: “Bukanlah menjadi adat orang Islam merayakan pelbagai bentuk hari raya. Ini kerana dalam Islam hanya ada dua hari raya sahaja; Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.”Sambutan hari lahir menandakan peningkatan usia yang mengingatkan kita kepada kematian. -Gambar hiasan AINamun, sambutannya dibolehkan atas tujuan semata-mata ingin memperingati dan menzahirkan rasa gembira di samping muhasabah diri bahawa peningkatan usia menandakan seseorang itu semakin menghampiri kematian.Bagi pasangan suami isteri pula, ia boleh diraikan untuk menyemak kembali lembaran kehidupan yang telah dilalui, menilai muamalah sesama pasangan, sekali gus mengeratkan lagi hubungan rumah tangga.Namun perlu diingat, hukumnya juga boleh bertukar menjadi tidak harus sekiranya majlis tersebut bertukar menjadi perhimpunan atas kebatilan.Ini termasuklah jika sambutan itu membawa kepada percampuran lelaki dan perempuan tanpa batasan, ada ucapan yang dimurkai Allah serta diselitkan dengan nyanyian dan tarian yang keji.Justeru, marilah sama-sama kita mengikut dan melaksanakan syariat Allah dengan sebaiknya.