Kehilangan orang tersayang sering mencetuskan kebimbangan, namun ada kes yang berakhir dengan penemuan semula. -Gambar hiasan AI
SEORANG lelaki mengejutkan keluarganya apabila kembali ke rumah beberapa hari selepas mereka menjalankan upacara pengebumian, selepas menyangka dia sudah meninggal dunia.Kejadian berlaku di daerah Khunti, Jharkhand, India, apabila Vishram Munda, 45, dilaporkan hilang selepas keluar rumah pada 10 Mei untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. Menurut polis, keluarga mangsa telah menjalankan pencarian secara meluas namun gagal menemuinya.Sehari selepas kehilangan itu, polis menemui satu mayat tidak dikenali di dalam sebuah longkang di kawasan berhampiran.Susulan penemuan tersebut, ahli keluarga dipanggil ke Hospital Khunti Sadar untuk membuat pengecaman, dan mereka kemudian mengesahkan mayat berkenaan sebagai Vishram Munda.Pegawai Polis Sub Divisyen (SDPO) Khunti, Varun Rajak, memaklumkan pengecaman itu dibuat berdasarkan persamaan fizikal seperti ketinggian, bentuk badan dan wajah si mati yang hampir sama dengan Munda.Selepas proses undang-undang selesai, mayat tersebut diserahkan kepada keluarga sebelum dikebumikan mengikut upacara tradisi masyarakat tempatan.Bagaimanapun, beberapa hari selepas pengebumian, Munda secara tiba-tiba muncul di rumah sewa anak perempuannya di Khunti, sekali gus mengejutkan ahli keluarganya."Dia memberitahu keluarganya bahawa dia sebenarnya pergi ke Ramgarh tanpa memaklumkan sesiapa," kata polis.Kejadian itu menyebabkan pihak berkuasa membuka semula siasatan, termasuk proses menggali semula kubur untuk menjalankan ujian DNA bagi mengenal pasti identiti sebenar mayat yang telah dikebumikan. -Agensi