suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru dedah dakwaan rasuah, kes mabuk libatkan kakitangan sekolah ditemui maut terjatuh apartmen

Tekanan boleh menyebabkan seseorang bertindak di luar kewarasan akal. -Gambar hiasan

SEORANG guru sekolah menengah ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan apartmen, dalam kejadian pada Rabu lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Ahn, berusia lingkungan 50-an, sebelum ini dilaporkan pernah membuat pendedahan berkaitan dakwaan rasuah dan salah laku melibatkan pegawai di sekolah tempatnya bekerja.

Menurut polis dan laporan media tempatan, mayat Ahn ditemui berhampiran pintu masuk kompleks apartmen di kawasan Janghowon-eup, Korea Selatan kira-kira pukul 2 petang.

Difahamkan, guru tersebut tinggal di tingkat 13 bangunan berkenaan.

Pihak polis memaklumkan tiada nota ditemui di lokasi kejadian dan siasatan awal juga tidak menemukan sebarang unsur jenayah berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta bukti lain di tempat kejadian.

Kesatuan Guru dan Pekerja Pendidikan Korea pula mendakwa Ahn sebelum ini pernah memfailkan laporan pada Disember 2023.

Laporan tersebut mengandungi dakwaan berkaitan penyelewengan, salah urus kewangan serta kes pemanduan mabuk melibatkan pegawai di sekolah tempatnya bertugas.

Menurut kesatuan itu, selepas membuat laporan berkenaan, Ahn didakwa berdepan tekanan dan kesukaran di tempat kerja selain disaman atas dakwaan fitnah oleh rakan sekerjanya sendiri.

"Mahkamah kemudian mendapati dakwaan yang dibuat pemberi maklumat itu adalah benar, dan individu terlibat menerima hukuman penjara," kata seorang pegawai kesatuan.

Bagaimanapun, menurutnya, Ahn masih terus berdepan kesukaran dalam menjalankan tugasnya dan difahamkan sedang bercuti ketika tragedi itu berlaku.

Polis kini masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti keadaan sebenar yang membawa kepada kematian guru berkenaan. -Agensi

 

Artikel Lain