suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sewa tertunggak RM328, lelaki tergamak suruh tuan rumah rogol isteri dan anak perempuan sebagai ‘bayaran’

Suspek ditahan polis bagi membantu siasatan selepas menerima laporan.

SEORANG lelaki tergamak menjadikan isteri dan anak perempuannya yang masih di bawah umur sebagai 'bayaran' selepas gagal melunaskan tunggakan sewa rumah selama empat bulan.

Kedua-dua mangsa dirogol tuan rumah sebagai ganti kepada bayaran sewa tertunggak sebanyak 8,000 rupee (RM328).

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Morbi, Gujarat, India selepas keluarga berkenaan yang berasal dari Surendranagar berpindah ke kawasan tersebut kira-kira enam bulan lalu bagi mencari pekerjaan. 

Menurut polis, mereka menyewa sebuah rumah itu 2,000 rupee (RM82) sebulan, namun berdepan masalah kewangan serius sehingga gagal membuat bayaran selama empat bulan.

Difahamkan, ibu mentua suspek tampil membuat laporan polis selepas mengetahui perbuatan terkutuk tersebut.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO).

Bapa mangsa bersama tuan rumah berkenaan kemudian ditahan bagi membantu siasatan.

Timbalan Superintendan Polis, JM Lal berkata, kedua-dua lelaki itu dipercayai merancang dan mengatur perbuatan berkenaan.

Polis kini turut memburu seorang lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes tersebut. -Agensi

Artikel Lain