SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan maut selepas terperangkap dalam lif sebuah pangsapuri di Pune, India pada malam Isnin.Menurut polis, kejadian berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Shivansh Shailesh Dhut sedang bermain di kawasan perumahannya sebelum dia memasuki lif seorang diri. Mangsa dipercayai menekan beberapa butang lif sebelum ia bergerak namun jentera itu tiba-tiba tersekat sebelum tiba di tingkat dua.Kehilangan mangsa untuk tempoh beberapa jam membuatkan ahli keluarga melancarkan pencarian sebelum menghubungi polis dan pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan.Pasukan bomba yang tiba di lokasi kemudiannya mengesan mangsa terperangkap dalam lif sebelum berjaya mengeluarkan kanak-kanak tersebut.Bagaimanapun Shivansh disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Hasil siasatan awal mendapati tiada kerosakan teknikal serius dikesan pada lif berkenaan menjadikan kematian kanak-kanak itu misteri.Pegawai polis, Vinay Patankar berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, namun siasatan lanjut sedang dijalankan. -Agensi