suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua beranak ditikam kaku berlumuran darah , pintu rumah tak berkunci jadi tanda tanya... Kes pembunuhan kekal misteri

Polis membuat siasatan menyeluruh di kawasan perumahan mangsa. -Gambar hiasan AI

WANITA warga emas dan anak perempuannya ditemukan tidak bernyawa dengan kesan tikaman di sebuah rumah dua tingkat di Hyogo, Jepun pada Selasa.

TV Asahi melaporkan, mangsa dikenali sebagai Sumie Tanaka, 74 dan Chihiro Tanaka, 52, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di lokasi berasingan di dalam rumah berkenaan.

Seorang mangsa ditemukan berhampiran pintu masuk rumah manakala seorang lagi berada di ruang antara bilik kediaman tersebut.

Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua wanita itu mengalami beberapa kesan tikaman, namun tiada senjata ditemui di lokasi kejadian.

Pihak polis turut menjalankan bedah siasat bagi menentukan tempoh sebenar kematian kedua-dua mangsa.

Difahamkan, sekitar pukul 9.30 pagi, seorang kenalan Chihiro menghubungi pondok polis berhampiran selepas gagal menghubungi penghuni rumah itu.

Apabila anggota polis tiba di lokasi, mereka mendapati pintu hadapan rumah tidak berkunci sebelum menemukan mayat kedua-dua mangsa.

Dalam pada itu, polis kini sedang meneliti rakaman kamera pengawasan di sekitar kawasan perumahan berkenaan bagi mengenal pasti individu yang datang ke rumah tersebut sejak beberapa hari lalu. -Agensi

Artikel Lain