suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda maut ditetak dengan parang, suspek tak puas hati mangsa mahu kahwini ibunya

Mayat ditemukan dalam keadaan sudah berbau busuk dalam kebun tersebut.

SEORANG remaja berusia 18 tahun maut selepas ditetak menggunakan parang dalam kejadian pada Khamis lalu.

Tindakan suspek berusia 17 tahun itu dipercayai kerana berang mangsa bakal berkahwin dengan ibunya.

Mayat mangsa ditemukan seorang petani ketika dalam perjalanan ke kebun milik bapa saudara suspek selepas terhidu bau busuk di Desa Batu, Wajo, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Wajo, Fahrul dalam kenyataan Sabtu berkata, hasil siasatan membawa kepada penahanan suspek di rumahnya di daerah Larompong Selatan.

Menurut Fahrul, suspek mengaku menetak mangsa disebabkan berasa sakit hati dengan kata-kata mangsa yang didakwa sering meminta ibunya bercerai dengan bapa tirinya.

Suspek kemudian mengajak mangsa ke kebun durian milik bapa saudaranya sebelum menyerang menggunakan parang.

Suspek mengaku menetak leher mangsa sebelum melibas parang ke bahagian kepala.

Tidak hanya itu, ketika mangsa rebah, suspek turut menetak bahagian betis mangsa.

Polis turut merampas beberapa barang kes termasuk parang, motosikal, telefon bimbit serta pakaian dipakai ketika kejadian.

Sementara itu, Ketua Desa Temboe, Azis Tajuddin berkata, mangsa dilaporkan keluar rumah sejak minggu lalu tanpa memaklumkan destinasinya kepada keluarga. -Agensi

 

Artikel Lain