suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padam stigma ‘Melayu lemah Matematik’, cikgu ini kongsi titik terendah zaman belajar... Pernah dilempang, dihantar ke sekolah ‘buangan’

Mohd Zakry berkongsi kisah hidupnya yang pernah membenci Matemtik kepada guru subjek tersebut. -Gambar Facebook Mohd Zakry Abd Rahim

MATEMATIK sering kali dilabel sebagai subjek yang sukar dikuasai pelajar Melayu.

Bagaimanapun bagi seorang lelaki, kegagalan dalam mata pelajaran itu bukan berpunca daripada faktor bangsa, sebaliknya berkait rapat dengan sikap dan usaha diri sendiri.

Sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei lalu, Mohd Zakry Abd Rahim berkongsi perjalanan hidupnya yang penuh inspirasi iaitu daripada seorang pelajar yang cukup membenci Matematik sehingga akhirnya dia sendiri bergelar seorang pendidik bagi subjek tersebut.

Mengimbas nota silam, Zakry mengakui pernah ditampar gara-gara gagal menyelesaikan soalan pecahan Matematik dengan betul.

Namun, dia sedikit pun tidak pernah berdendam terhadap gurunya kerana sedar tindakan tegas itu berpunca daripada sikap malasnya sendiri.

Tidak faham dan tidak berusaha menjadi punca Mohd Zakry pernah membenci Matematik. -Gambar Mohd Zakry Abd Rahim

Tidak faham dan tidak berusaha menjadi punca Mohd Zakry pernah membenci Matematik. -Gambar Mohd Zakry Abd Rahim

"Selepas tamat sekolah rendah, aku menerima sijil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (USPR) dalam keadaan gagal disebabkan Matematik dapat D.

"Aku dilempar jauh ke sekolah menengah pelajar-pelajar buangan. Prestasi pelajaran makin menyebabkan aku mendapat tempat terakhir dalam kelas sebanyak dua kali berturut-turut," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Tutor kena maki ibu pelajar tengah malam, tak puas hati anak gagal Matematik SPM... Rupanya sebab sibuk main TikTok!

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ingat muka cikgu sampai sekarang!” - Dendam sampai ke tua, doktor imbau kenangan pahit dihina dalam kelas Matematik

Namun, pengalaman memperoleh hanya 23 peratus dalam peperiksaan Matematik Tingkatan Dua menjadi titik perubahan dalam hidupnya.

"Aku termenung melihat kertas peperiksaan, hati berbisik kenapalah salah banyak sangat. Sejak daripada itu aku segera capai buku teks dalam beg yang tersadai di dinding tanpa diusik sebelum ini.

"Akhirnya aku belajar sesuatu. Inilah yang dikatakan belajar daripada kesilapan. Aku banyak membuat pembetulan sendiri, daripada situ juga aku dapat banyak pengajaran," katanya.

Menurut Zakry, detik itu menyedarkannya tentang satu hakikat bahawa pelajar Melayu sebenarnya bukanlah lemah dalam subjek angka ini, tetapi kegagalan itu lebih kepada keengganan untuk belajar dan memperbaiki kelemahan diri.

Keputusan corot ketika Tingkatan Dua telah mengubah Mohd Zakry untuk rajin berusaha dalam pelajaran. -Gambar Facebook Mohd Zakry Abd Rahim

Keputusan corot ketika Tingkatan Dua telah mengubah Mohd Zakry untuk rajin berusaha dalam pelajaran. -Gambar Facebook Mohd Zakry Abd Rahim

Sejak hari itu, dia mula mengatur langkah perubahan dengan menjaga tuntutan solat, menyediakan ruang belajar yang kondusif di rumah, serta menggandakan usaha dalam akademik sehinggalah dia berjaya lulus subjek tersebut dengan keputusan baik.

"Usaha aku tidak sia-sia, ujian akhir tahun aku lulus Matematik dengan baik. Walaupun tak dapat A, cikgu letakkan aku di kedudukan kelas kedua terbaik," katanya.

Impak daripada transformasi positif tersebut, rezekinya dipermudahkan apabila dipertemukan pula dengan seorang guru yang disifatkannya sebagai seorang legenda Matematik, Che Ahmad Daud.

Jelas Zakry, guru berkenaan mempunyai pendekatan mengajar yang sangat unik dan luar biasa kerana sentiasa memastikan setiap anak muridnya benar-benar faham sesuatu topik sebelum beralih ke silibus seterusnya.

“Dia tidak pernah membuatkan kelas membosankan. Cara pengajarannya sentiasa kreatif dan mudah difahami. Dia menjawab dengan bijaksana, memuji setiap soalan yang ditanya oleh anak murid.

"Dia sentiasa memberi nasihat. Paling diingati ialah... kalau kamu mahu pandai matematik, kamu kena ajar orang lain. Ilmu akan lebih berkembang dan kamu akan lebih memahami," katanya.

  • Mohd Zakry bangkit daripada kegagalan Matematik sehingga menjadi guru subjek itu.
  • Markah 23 peratus dalam Matematik menjadi titik perubahan hidup Zakry.
  • Zakry percaya sikap, bukan bangsa, menentukan kejayaan dalam Matematik.
  • Bimbingan guru dan usaha sendiri membantu Zakry capai kejayaan akademik.
  • Daripada pelajar corot, Zakry kini bergelar guru Matematik.

Berkat usaha yang tidak kenal erti jemu, Zakry membuktikan kemampuan luar biasa apabila berjaya meraih keputusan cemerlang 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Keputusan itu sekali gus melayakkannya memasuki aliran sains tulen sebelum mengambil keputusan berpindah ke sekolah teknik aliran vokasional.

"Namun cabaran baharu muncul kerana aku tidak layak untuk menyertai subjek sains tulen di sekolah teknik. Aku perlu belajar sendiri, cari guru sendiri.

"Setelah puas mencari, aku dipertemukan dengan guru tuisyen yang sanggup membimbing walaupun ketika itu aku sudah ketinggalan empat bulan silibus," katanya.

Bagi Zakry, kehadiran guru tuisyen tersebut merupakan antara fasa paling penting yang mencorakkan masa depannya sehinggalah dia berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).

Kejayaan tersebut kemudiannya membuka jalan luas untuknya melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) cawangan Kuala Lumpur, sebelum menyempurnakan ijazah dalam bidang perguruan major Matematik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

"Alhamdulillah aku berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perguruan major Matematik dengan memperoleh CGPA (Purata Nilai Gred Kumulatif) 3.5 keatas.

"Akhirnya aku menjadi seperti hari ini. Insan yang pernah membenci Matematik sepenuh hati kini berubah 360 darjah hasil tangan guru-guruku yang terdahulu," katanya.

Artikel Lain