Segelintir individu sanggup tidur lewat kerana mahu menonton kandungan media sosial. -Gambar hiasan AI
MEDIA sosial boleh memberi kesan buruk apabila seseorang terlalu ketagih menggunakannya sehingga mengabaikan pelajaran, kerja dan masa bersama keluarga.Selain itu, ketagihan media sosial juga boleh menyebabkan seseorang mengalami tekanan, kurang fokus dan mudah membandingkan diri dengan orang lain. Menurut seorang pemuda, hidupnya kini semakin baik, malah dia juga mula mengalami perubahan positif selepas dua mingu memadam aplikasi TikTok."Sudah 14 hari aku padam TikTok dan sesuatu yang pelik berlaku. Aku ingat aku bosan. Rupanya, aku baru sedar, betapa penat otak aku selama ini."Lepas 14 haru aku faham satu benda. Bukan TikTok yang bermasalah, cara kita 'lari daripada bosan' tu yang buat otak penat," ujarnya menerusi Threads.Ketagihan media sosial juga boleh mengganggu pelajaran. -Gambar hiasan AIBerikut merupakan perubahan yang dialaminya:1. Otak lebih ringanMenurut pemuda itu, ketiadaan aplikasi TikTok dalam telefon miliknya menyebabkan fikirannya lebih tenang tanpa video, bunyi serta maklumat berterusan daripada kandungan yang ditonton.2. Tak mudah penatDakwanya, dia beranggapan aktiviti menonton kandungan TikTok selama dua jam lebih memenatkan berbanding bekerja. Malah, dia menyedari aktiviti itu sebenarnya 'memakan' tenaganya selama ini.3. Lebuh fokusSelepas memadam aplikasi itu, dia kini mampu melakukan sesuatu tanpa melihat telefon setiap dua minit.Dia turut memberi nasihat kepada orang ramai untuk mengurangkan tontonan media sosial pada waktu malam dengan meletakkan had masa.Malah, dia juga menyarankan aktiviti larian ringan untuk menggantikan aktiviti menonton kandungan media sosial.