suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lancar lagu baharu, Awi Rafael sedia dedah wajah tunang

Awi perkenalkan tunangnya dalam satu gambar menggunakan teknik AI.

PERKONGSIAN penyanyi Awi Rafael tentang lagu terbaharu berjudul Till Death Do Us Part juga menjadi tanda dia sudah bersedia untuk mendedahkan hubungan istimewanya dengan pelakon Puteri Lofea.

Kata Awi atau Muhammad Nabawi Erwan Gunawan Rafael, 40, lagu tersebut juga sebagai permulaan buat Lofea yang mahu menceburi dunia nyanyian.

"Sedikit sebanyak memang kami dah sedia. Bukan sekadar berkongsi perkembangan hidup, malah kami juga membina kerjaya bersama.

Perkongsian Awi di Instagram. 

"Karya ini merupakan lagu duet berbahasa Inggeris pertama saya dengan tunang," katanya.

Awi sebelum ini memuat naik gambar terbaharu di Instagram miliknya sebagai tanda dia bakal melancarkan lagu tersebut pada Jumaat.

Dalam masa sama, dia turut mendedahkan perancangan untuk menamatkan zaman bujang tahun hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Awi Rafael bakal nikah gadis Kelantan tahun depan 

ARTIKEL BERKAITAN: Awi Rafael syukur 5 tahun ‘rehat’ nyanyi demi jaga ibu uzur

"Sekarang agak sibuk sedikit dengan lagu baharu. Dalam masa sama dia juga akan keluar dengan lagu solo dan album. Dia pelakon dan model. Dia mahu aktif menyanyi.

"Insya-Allah perancangan untuk berkahwin tahun hadapan," kongsinya.

Dalam temu bual sebelum ini, Awi mendedahkan dia telah mengikat tali pertunangan pada 2024 dengan wanita asal Kelantan.

Awi rancang nikah tahun hadapan. 

Dia ketika itu bagaimanapun lebih selesa untuk tidak mendedahkan secara terperinci identiti Lofea.

Lagu Till Death Do Us Part merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Awi sendiri.

 

Artikel Lain