suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elizabeth Tan kritik lakonan sendiri, Liyana Jasmay tetap puas hati

Liyana memahami luahan Lizzy tentang lakonan dalam Pemuja Syaitan.

PENGARAH dan pelakon Liyana Jasmay memahami luahan Elizabeth Tan yang mengakui kurang berpuas hati dengan mutu lakonannya dalam filem Pemuja Syaitan yang bakal ditayangkan pada 15 Oktober ini.

Liyana, 38, berkata dia tidak pernah menganggap luahan tersebut sebagai satu isu, malah menyifatkan Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy sebagai pelakon berbakat yang sudah memberikan persembahan terbaik.

“Saya sudah bercakap dengannya dan bagi saya, dia sudah memberikan yang terbaik. Lizzy seorang pelakon yang bagus.

Lizzy akui tak berpuas hati dengan lakonan sendiri.

“Salah satu sebab saya memilihnya adalah kerana saya tahu dia mempunyai kemampuan tersebut dalam dirinya. Saya langsung tidak marah atau kecewa dengan apa yang diluahkannya.

“Sebagai seorang pelakon, saya juga pernah melalui perkara yang sama. Apabila kita menonton semula hasil lakonan sendiri, pasti ada perasaan bahawa kita sebenarnya boleh melakukan yang lebih baik.

“Kita akan terfikir mungkin ada kesilapan di sana sini atau bahagian tertentu yang boleh diperbaiki. Bagi saya, itu proses biasa yang dilalui seseorang pelakon,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana Pemuja Syaitan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Bagaimanapun, Liyana menegaskan dia berpuas hati dengan lakonan Lizzy sepanjang penggambaran filem berkenaan kerana pelakon itu berjaya membawakan watak mengikut kehendaknya.

Malah, katanya, Lizzy sering mendapatkan pandangannya mengenai mutu lakonan bagi memastikan setiap babak menepati karakter yang ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak suka ‘cover-cover’, Elizabeth Tan jujur mengaku tak puas hati lakonan sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Liyana Jasmay tak boleh tidur, berat badan naik 4kg gara-gara ‘Pemuja Syaitan’

“Secara jujurnya, sebagai pengarah, saya sangat berpuas hati dengan lakonannya. Sepanjang penggambaran, dia sering bertanya sama ada lakonannya sudah cukup baik. Saya sentiasa memberitahunya bahawa dia sudah melakukan dengan bagus.

“Kalau saya tidak berpuas hati, saya akan berterus terang. Semua orang di lokasi penggambaran tahu perkara itu. Apabila saya mengatakan sesuatu babak itu baik, bermakna lakonannya sudah menepati nada dan karakter yang saya mahukan.

“Sejak awal lagi, saya sudah menjelaskan kepadanya bagaimana watak itu perlu dibawakan. Jadi, apabila dia berjaya mencapai apa yang saya mahukan, tidak ada sebarang masalah,” ujarnya.

Mengulas reaksi Lizzy selepas diberikan penjelasan, Liyana berkata pelakon itu pada awalnya agak terkejut apabila mengetahui dia sebenarnya berpuas hati dengan lakonannya.

Kami berkawan dan dia sangat selesa untuk berkongsi apa yang dirasakannya.

LIYANA JASMAY

PENGARAH/PELAKON

Walaupun akhirnya menerima penjelasan tersebut, Lizzy tetap berasakan dirinya mampu memberikan persembahan yang lebih baik.

“Dia agak terkejut apabila saya memberitahunya bahawa lakonannya sebenarnya sudah bagus. Lizzy ini seorang yang manja. Selepas saya memberikan penjelasan, akhirnya dia boleh menerima perkara itu.

“Bagaimanapun, dia masih mengatakan bahawa dia tahu dirinya mampu melakukan yang lebih baik.

“Saya beritahu dia bahawa perasaan itu normal. Kalau saya berada di tempatnya, mungkin saya juga akan merasakan perkara yang sama,” katanya.

Liyana berpuas hati dengan lakonan Lizzy dalam Pemuja Syaitan.

Tambah Liyana, hubungan persahabatan antara mereka membuatkan Lizzy lebih selesa berkongsi perasaan tanpa bimbang menerima reaksi negatif.

Situasi itu berbeza dengan pengalamannya sendiri ketika masih aktif berlakon, apabila dia lebih selesa memendam rasa tidak puas hati terhadap lakonan sendiri kerana segan untuk berterus terang dengan pengarah yang lebih senior.

“Lizzy lebih selesa meluahkan perasaannya kepada saya kerana kami sama-sama wanita dan jurang usia kami juga tidak begitu jauh. Kami juga berkawan, jadi dia tidak berasa segan untuk berkongsi perkara tersebut.

“Kalau dahulu, ketika saya masih aktif berlakon dan bekerja dengan pengarah yang lebih senior, saya tidak pernah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap lakonan sendiri.

Liyana teruja nantikan reaksi penonton untuk filem pertamanya.

“Walaupun dalam hati saya tertanya-tanya mengapa saya berlakon dengan cara tertentu, saya hanya menyimpan perasaan itu kerana segan hendak bercakap dengan pengarah dan bimbang dimarahi.

“Tetapi hubungan saya dengan Lizzy berbeza. Kami berkawan dan dia sangat selesa untuk berkongsi apa yang dirasakannya,” jelasnya.

Sebelum ini, Elizabeth atau Elizabeth Tan Su Mei, 32, tanpa berselindung mengakui kecewa dengan lakonannya dalam filem Pemuja Syaitan apabila merasakan persembahannya tidak mencapai tahap yang diharapkan.

Katanya, dia memilih untuk berterus terang mengenai perasaannya terhadap lakonan berkenaan tanpa cuba menyembunyikan rasa kurang puas hati.

Artikel Lain