GEMENTAR menantikan reaksi penonton terhadap filem sulung arahannya berjudul Pemuja Syaitan, pelakon Liyana Jasmay mengakui tekanan yang dirasai menyebabkan berat badannya meningkat empat kilogram.Kata Liyana, 38, dia terlalu memikirkan penerimaan penonton kerana sebagai pengarah eleman ‘rasa’ dalam karya berkenaan sangat penting. “Gementar sangat sampai saya tak boleh tidur dan berat badan naik 4 kilogram. “Risau dan takut penerimaan penonton kerana saya sangat mementingkan ‘rasa’. Liyana berharap penonton dapat menghayati filem arahannya dengan baik.“Saya risau kalau penonton tak boleh rasa apa yang ingin disampaikan dalam filem ini. Risau orang rasa ke tak!” katanya kepada mStar.Liyana berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan khas Pemuja Syaitan yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada malam Rabu. Dalam pada itu, Liyana memberitahu tekanan yang dirasainya turut menyebabkan dia lebih kerap makan, berbeza dengan kebanyakan individu yang mungkin hilang selera apabila berdepan situasi sama.“Biasanya orang risau tak makan, tapi saya asyik-asyik makan. ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Perangai umpama syaitan“ - Liyana Jasmay sedih rakan industri mengumpat dirinya, kesal tiada kebersamaan dalam dunia seniARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin hantu raya ini memang ganas“ - Liyana Jasmay dakwa ‘diganggu‘ di Cherating, ustaz saran baca al-Quran“Sebelum ini selalu cakap diet tak ambil gula kan, tapi tak tahu dah ke mana diet saya tu.“Saya sangat stres sebab filem ini dibuat bersama rakan kongsi... Orang percaya kita dan banyak orang menaruh harapan, jadi sudah tentu kita nak berikan terbaik,” ujarnya.Liyana bagaimanapun menjelaskan strategi pemasaran yang dilakukan pasukannya menerusi media sosial seperti TikTok dan Threads sememangnya dirancang sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan filem tersebut.“Apa yang anda semua nampak di TikTok, Threads itulah teknik pemasaran gerila yang kami buat. Liyana menganggap strategi pemasaran filem Pemuja Syaitan berjaya.“Saya rasa teknik itu berjaya juga sampai menjadi isu viral, jadi mungkin selepas ini pengkarya filem pun boleh buat perkara sama. “Kita bukan nak jadikan isu itu sebagai bad marketing, kami buat atas usaha sendiri, termasuk turun padang berjumpa dengan peminat dan sebagainya,” katanya.Filem Pemuja Syaitan merupakan karya sulung arahan Liyana Jasmay yang dibintangi oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Nadhir Nasar dan Aila Azizul.Terbitan Mermaid Studio, filem berkenaan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober depan.