PENYANYI dan pelakon Alif Satar tampil memyuarakan pandangannya berhubung isu yang tercetus membabitkan sebuah jenama wangian lelaki dari Indonesia, Kahf, susulan kontroversi membabitkan satu hantaran di platform Threads yang didakwa menyentuh sentimen kenegaraan.Alif, 36, yang juga merupakan duta kepada jenama berkenaan berkata, dia terpanggil untuk menyuarakan pendirian selepas mengambil kira sensitiviti isu tersebut. “Alif sebagai rakyat Malaysia percaya bahawa negara kita dan rakyat mesti dihormati.Alif cuba jernihkan perdebatan netizen dengan jenama wangian lelaki dari Indonesia.“Prinsip Alif, memang tidak pernah bersetuju dengan kandungan yang merendahkan mana-mana negara atau sesiapa pun,” katanya menerusi hantaran di Threads pada pagi Khamis.Menurut Alif, dia mengambil maklum mengenai permohonan maaf yang telah dibuat pihak Kahf berhubung perkara berkenaan.Bagaimanapun, pelakon itu berpandangan bahawa kepercayaan yang terjejas perlu dipulihkan menerusi tindakan jelas daripada pihak jenama berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar & The Locos minta semua hargai perpaduan, kibar bendera Malaysia menerusi ‘Kibar Cinta Merdeka‘ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar jumpa rakyat Malaysia jadi mangsa pengganas di NZ, tersentuh ramai peluk Islam sejak insiden 6 tahun lalu“Alif ambil maklum permohonan maaf pihak Kahf. Namun, kepercayaan perlu dipulihkan dengan tindakan yang jelas.“Alif berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik, matang dan penuh rasa hormat,” ujarnya.Dalam pada itu, Alif berharap isu berkenaan dapat dijadikan pengajaran kepada semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam menyampaikan pandangan, terutama apabila ia melibatkan perkara yang menyentuh sensitiviti antara negara. Kita boleh berbeza pandangan tanpa perlu merendahkan sesiapa.ALIF SATARPELAKON/PENYANYI“Alif percaya, dalam apa juga keadaan, kita boleh berbeza pandangan tanpa perlu merendahkan sesiapa,” kongsinya.Menjengah ke ruangan komen, hantaran Alif itu mendapat sambutan baik daripada peminat yang rata-rata tidak menyalahkan penyanyi berkenaan atas kontroversi terbabit.Sebaliknya, sebahagian mereka menyatakan pendirian untuk memboikot secara besar-besaran dan tidak lagi memberi sokongan kepada jenama berkenaan.Peminat tidak menyalahkan Alif atas kekecohan yang berlaku.Kontroversi tercetus selepas jenama Kahf dipercayai memuat naik hantaran yang dianggap menyentuh sensitiviti kenegaraan sehingga mencetuskan perbalahan antara netizen Indonesia dan Malaysia.Hantaran tersebut dipercayai berpunca daripada perdebatan mengenai segelintir rakyat negara jiran yang didakwa memandang rendah pasukan bola sepak Malaysia selepas skuad Indonesia menjuarai Piala ASEAN FIFA 2026 dengan menewaskan Thailand.Susulan kecaman hebat diterima, Kahf kemudian tampil memohon maaf atas ketelanjuran tersebut menerusi satu hantaran di Threads namun ia tidak meredakan keadaan yang sedang hangat.