suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sedar tolak ajakan peminat mahu bergambar, Amer Yusoff rasa bersalah... “Masa itu otak fly tempat lain”

Amer harap permohonannya diterima peminat.

BEKAS anggota kumpulan Ruffedge, Amer Munawer Yusoff tampil memohon maaf secara terbuka kepada dua peminat selepas dia menolak permintaan mereka untuk bergambar ketika terserempak di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.

Amer, 49, berkata kejadian itu berlaku ketika fikirannya sedang memikirkan hal lain selepas selesai menghadiri pertemuan bersama seorang rakan yang baru pulang dari Syria.

"Saya ingin memohon maaf kepada dua lelaki yang sah peminat Ruffedge yang menahan saya untuk ambil gambar dekat tepi Lot 10, lorong yang nak pergi ke Pavilion KL, tempoh hari.

Amer mencari peminatnya yang kecewa.

"Masa itu otak saya tengah 'fly' ke tempat lain sebab baru habis mesyuarat dengan kawan yang baru balik dari Syria.

"Otak tengah laju fikir benda lain celah orang ramai yang berjalan dekat situ, tiba-tiba, 'Abang Ruffedge, boleh ambil gambar?' Saya terkejut dan terus saja berjalan sambil geleng kepala macam tak mahu," katanya menerusi hantaran di Threads.

Menurut Amer, semasa kejadian dia tidak menyedari tindakan spontannya itu mungkin membuatkan peminat berkenaan berasa kecewa dan malu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan Di Masjid Punca Tertubuhnya Al Mawlid

ARTIKEL BERKAITAN: AL Mawlid Tidak Tertekan Dengan 'Penghijrahan'

Namun mula tersedar selepas berjalan beberapa langkah dan mengambil keputusan berpatah balik di lorong sama untuk mencari dua lelaki berkenaan.

"Saya nampak muka dia macam kesal, malu dan hampa kerana permintaan dia ditolak oleh seorang mamat yang sebenarnya terkejut dan otaknya sedang terbang sampai Syria.

"Lepas lima langkah berjalan baru saya tersedar, 'Eh, awat aku buat lagu itu? Kasihan dekat dia'. Saya pun pusing nak tengok kot-kot dia masih ada dekat situ.

Ruffedge tidak pernah mengajar perangai ego, sombong dan angkuh.

AMER YUSOFF

PENYANYI

"Namun, dia sudah pergi bersama seorang lagi kawannya. Nampak macam satu keluarga. Gara-gara wajah dan kechubbyan (selalu makan nasi katok sedap) itu, macam gaya dari Brunei pun ada," ujarnya.

Dalam pada itu, Amer yang kini menyertai kumpulan nasyid Al-Mawlid berkata, walaupun sudah tidak lagi bersama Ruffedge, dia tetap berasa bersalah dengan apa yang berlaku.

Katanya, dia tidak mahu tindakannya itu memberi gambaran seolah-olah dirinya bersikap sombong atau angkuh terhadap peminat.

Amer harap dapat tebus kekesalannya.

"Walaupun saya sudah tidak lagi bersama kumpulan kesayangan saya, Ruffedge, namun perasaan bersalah itu tetap ada kerana seperti yang dunia sedia maklum bahawa persekolahan Ruffedge tidak pernah mengajar perangai ego, sombong, angkuh, mengambil rasuah, melanggar lampu isyarat dan sebagainya walau di mana kami berada.

"Jadi saya memohon maaf dan semoga maaf saya diterima. Nanti kalau jumpa lagi saya belanja makan shawarma Bukit Bintang, insya-Allah!" katanya.

Artikel Lain