suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Titik terendah Misha Omar, setahun hilang suara sampai menangis dalam kereta

Misha Omar mahu tunjuk sisinya yang kelakar dan tenang.

PENYANYI Misha Omar mengakui kehilangan suara selepas melahirkan anak menjadi antara titik terendah dalam perjalanan kariernya sebagai seorang penyanyi.

Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisha Omar, 45, berkata perubahan terhadap vokalnya selepas bersalin seolah-olah membuatkan suaranya ‘reset’ sehingga dia sukar mencapai nada tinggi seperti sebelum ini.

“Suara hilang selepas beranak, macam ‘reset button’. Suara tak naik, terkucil-kucil. Tapi bila jerit dekat anak, tak sedar pula boleh pergi tinggi.

Misha tenang berdepan dugaan hidup.

“Itulah titik terendah saya sebagai penyanyi,” katanya.

Menurut Misha, dia mengambil masa kira-kira satu setengah tahun untuk mendapatkan semula teknik vokalnya dan proses itu bukan sesuatu yang mudah.

Malah, dia mengakui pernah menangis sendirian kerana sukar memahami latihan yang diberikan guru vokalnya.

“Alhamdulillah, semangat itu ada untuk saya perbaiki dan pergi belajar. Tetapi ia ambil masa satu setengah tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangguh konsert sambutan 25 tahun, Misha Omar terpaksa beralah dengan Sukan SEA

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Siti Hasmah pandai bergurau, minta Misha Omar RM5 untuk bergambar

“Macam-macam jadi. Saya menangis, cikgu ajar saya tak faham. Depan cikgu buat-buat faham, tetapi dalam kereta saya menangis.

“Dua jam dalam kelas, telinga rasa macam pekak sebab semuanya saya tak faham,” ujarnya.

Bagaimanapun, Misha memilih untuk tidak terlalu lama melayan kesedihan kerana percaya setiap perasaan yang dilalui dalam kehidupan bersifat sementara.

“Kalau rasa sedih dengan perkara itu, banyak lagi benda yang menyedihkan. Cuma kalau kita faham, sedih tak akan lama dan gembira pun tak akan lama.

Saya lebih selesa tunjuk sisi ‘funny’ saya.

MISHA OMAR

PENYANYI

“Kadang-kadang apabila kita terlalu banyak berusaha, kita akan letih. Jadi, biarkan saja dan tengok bagaimana Tuhan akan bantu.

“Tuhan baik dengan kita dan Dia akan bantu. Jadi saya selalu pegang perkara itu,” katanya.

Misha turut mengakui kehidupan sebagai seorang seniman tidak terlepas daripada pelbagai masalah termasuk soal kewangan, rumah tangga dan hubungan dengan keluarga.

Namun, dia memilih untuk tidak berkongsi segala perkara yang berlaku dalam kehidupan peribadinya kepada umum.

Misha bakal mengadakan showcase Misha Omar, Aku dan Lelaki pada 24 Oktober ini.

“Apa pun yang berlaku, teruskan saja kerana orang tak tahu tentang apa yang kita lalui. Mungkin ada sesetengah orang yang tahu, tetapi untuk apa?.

"Hanya orang yang baik dan sentiasa berada di belakang kita yang akan membantu. Sebab itu apabila orang mengenali saya, saya lebih selesa tunjuk sisi ‘funny’ saya.

“Saya tak akan tunjuk sisi serius saya. Bila ia melibatkan masalah peribadi, saya lebih selesa untuk mengendalikannya sendiri,” jelasnya.

Artikel Lain