suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Adakah sebab muka jambu?” - Atiq Azman tertanya punca sukar dapat watak mencabar

Atiq dedahkan dia sukar untuk mendapat watak jahat.

PELAKON Atiq Azman meluahkan rasa hairan apabila dirinya masih sukar diberi kepercayaan membawakan watak berat dan mencabar biarpun sudah lama bertapak dalam industri seni.

Bukan mahu mendabik dada menggelar diri sebagai pelakon terbaik, Atiq atau nama sebenarnya Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah, 26, berkata dia hanya berharap diberikan peluang untuk menguji sejauh mana kemampuan bakat lakonannya itu.

“Saya tidak kata saya pelakon terbaik, tetapi selepas bertahun-tahun berada dalam industri ini, saya tahu saya ada pengalaman dan asas yang cukup untuk meneroka watak yang lebih mencabar.

Hantaran Atiq di Threads. 

“Kadang-kadang tertanya juga, kenapa susah sangat nak dapat peluang bawa watak macam askar, watak jahat atau karakter yang jauh daripada diri sendiri?" soalnya dalam satu hantaran di Threads miliknya. 

Malah Atiq secara berseloroh tertanya-tanya sama ada raut wajahnya yang kelihatan 'jambu' menjadi punca untuk produksi sukar melihat potensi dirinya membawakan karakter yang lain. 

“Adakah sebab muka jambu ini orang susah nak nampak saya dalam peranan berbeza? 

"Bukan cemburu, cuma ada ketikanya kita pun mahu buktikan yang kita boleh buat lebih daripada apa yang orang nampak,” ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: "Fatwa kata haram, jadi saya tak mainlah," - Atiq Azman elak main 'trading' saham

ARTIKEL BERKAITAN: “Paling biadab, perangai pun macam musibat” - Atiq Azman dedah sikap buruk pempengaruh di set penggambaran

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna media sosial menyatakan imej serta watak serius sukar diberikan kepadanya susulan Atiq kerap memuat naik video berjoget dan kelakar di media sosial.

Balas Atiq, orang ramai tidak sepatutnya menyamakan kandungan media sosial dengan keperibadian sebenar mahupun kredibiliti lakonannya.

Katanya, platform TikTok sememangnya digunakan untuk berkongsi kandungan santai dan berbeza dengan pendekatan profesional yang ditunjukkan di akaun Instagram miliknya.

Komen balas Atiq kepada seorang individu. 

 

“Faham sudut pandang itu, tetapi jangan keliru  antara konten dengan karakter sebenar. Instagram saya kebanyakannya profesional, TikTok pula memang saya gunakan untuk hiburan.

“Bukan semua benda yang kita tunjuk depan kamera itu mewakili perangai kita 24 jam sehari. Ramai sahaja artis yang ada sisi begini.

“Kalau mahu menilai seseorang pelakon, tengoklah hasil kerja dan kepelbagaian lakonannya, bukan semata-mata daripada konten media sosial,” tambahnya.

Artikel Lain