suria

“Paling biadab, perangai pun macam musibat” - Atiq Azman dedah sikap buruk pempengaruh di set penggambaran

Atiq kecewa produksi utamakan pempengaruh.

PELAKON Raja Atiq meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah produksi yang kini lebih cenderung memilih pempengaruh media sosial sebagai pelakon meskipun tidak mempunyai asas lakonan.

Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 25, berpendapat peluang berlakon seharusnya diberikan kepada mereka yang benar-benar berbakat dan memahami seni lakonan.

"Saya bukan tak ada kerja lain, boleh saja buat benda lain. Tapi kenapa saya pilih berlakon? Sebab nak tunjukkan kualiti lakonan kita.

Luahan hati Atiq di Threads miliknya.

"Tapi sekarang sikit-sikit ambil pempengaruh entah siapa-siapa, terus bagi jadi pelakon," tulisnya.

Atiq meluahkan perkara itu di Threads miliknya apabila terdapat netizen mendakwa dirinya seorang artis sendu sehingga tiada produksi ingin menawarkan pekerjaan kepadanya.

Menurut Raja Atiq, dia tidak iri hati dengan rezeki orang lain, namun menegur pihak produksi agar lebih berhati-hati dalam mengambil pelakon baharu demi menjaga kualiti industri seni kreatif.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Atiq Azman hamil anak sulung, takut kehilangan sebab disyaki kandungan luar rahim

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya 4 bulan bertunang dengan pramugari, Atiq Azman sudah bergelar suami

Tambahnya, perkara ini jarang dibincangkan secara terbuka, namun ramai yang sebenarnya berdepan pengalaman sama termasuk dirinya sendiri.

Menurutnya, segelintir mereka lebih banyak luangkan masa dengan bermain telefon bimbit, tidak berlatih dan mengasingkan diri daripada pelakon lain.

"Saya tak dengki rezeki orang, tapi ini untuk filem, drama, telemovie semua ini  takkan tak tengok dulu cara lakonan mereka? Paling biadab bila di set, perangai pun macam musibat.

"Benda ini orang tak bercakap, tapi bila dah rasa sendiri... inilah jadinya. Saya bukan nak kata perangai saya paling bagus, tapi bila dah berkali-kali kena di set penggambaran dan bukan saya seorang je, orang lain pun sama. Tak rasa malu ke?," kongsinya.

Atiq tak pernah berhenti berlakon.

Jelasnya, dia tidak pernah berhasrat untuk berhenti berlakon meskipun tiada tawaran yang diberikan kepadanya.

Malah sejak bergelar pelakon dia sudah bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan terutama jika tiada tawaran pekerjaan. 

"Saya memang tak nak berhenti berlakon. Saya nak harumkan nama Malaysia supaya boleh pergi ke peringkat antarabangsa," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia