suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rancang program berterusan untuk peserta... Penaja Kilauan Emas Selebriti jawab isu tiada hadiah wang tunai

Hadiah kemenangan KES2026 menjadi bualan ramai.

PENAJA program nyanyian Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026) tampil memberikan penjelasan selepas isu ketiadaan hadiah berupa wang tunai untuk pemenang menjadi topik bualan ramai.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik, produk minuman kesihatan jenama Arabic Gold memberitahu pihaknya bakal merancang program berterusan bersama peserta KES2026 selepas rancangan tersebut tamat bersiaran pada 3 Oktober lalu.

"Hubungan bersama para peserta tidak berakhir di pentas final.

"Kami merencanakan beberapa peluang dan tawaran kerjasama susulan bersama sebahagian peserta KES2026, termasuk peluang dalam projek kandungan, endorsement, promosi, kempen jenama serta bentuk komersial yang sesuai.

Tiga pemenang utama KES2026. 

"Kami percaya setiap peserta mempunyai cerita, pengalaman dan potensi yang tersendiri," jelas kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, penaja turut memaklumkan mereka sudah memberikan komitmen penuh sepanjang tujuh minggu program berlangsung bagi meraikan bakat, pengalaman, perjalanan hidup serta sumbangan insan seni.

Malah, pihak mereka menjelaskan hadiah dan format pertandingan adalah di bawah ketetapan produksi.

"Untuk penjelasan, penglibatan Jus Arabic Gold adalah sebagai penaja program, manakala format pertandingan, pelaksanaan serta struktur hadiah kemenangan adalah di bawah pengurusan dan ketetapan pihak Astro," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jalaluddin Hassan juara Kilauan Emas Selebriti 2026 

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada hadiah duit, Ahmad Tamimi Siregar sudah tahu sebelum bertanding... “Nak kejar apa lagi?“

Sebelum ini isu tentang hadiah kepada pemenang menjadi bualan susulan tidak wang tunai diberikan seperti kebanyakan program pertandingan lain.

Ketika sidang media konsert akhir KES2026, Ketua Kandungan Astro, Idlan Zahari, turut memaklumkan pihak mereka mengambil langkah memansuhkan hadiah berbentuk wang tunai untuk program berkenaan.

Dengan format berbeza yang menampilkan selebriti bersaing di pentas nyanyian, KES2026 juga memberi fokus kepada hiburan penonton selain kebajikan golongan yang memerlukan.

Pihak penaja rancang program berterusan untuk peserta KES2026. 

Setiap pemenang menerima trofi, emas edisi khas, hamper dan pakej penginapan selain rakaman lagu baharu buat juara dan naib juara.

KES2026 dimenangi oleh Datuk Jalaludin Hassan sebagai juara, Datuk Tarmimi Siregar (naib juara) dan Zila Bakarin (tempat ketiga).

 

Artikel Lain