suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luahan bukan gimik lancar lagu, Osama mahu betulkan salah faham dengan Zaki Yamani

Osama mahu buktikan kemampuan bakatnya dalam industri seni.

PENYANYI Osama Yamani memberitahu perkongsian yang dimuat di laman Threads miliknya bukanlah satu bentuk gimik sempena pelancaran lagu baharunya yang dijangka dalam masa terdekat.

Kata Osama, 25, komen balas yang ditulis juga adalah bertujuan untuk menjelaskan tanggapan sebenar segelintir pihak yang mendakwa hubungan dengan adiknya iaitu Zaki Yamani bermasalah.

"Tiada istilah nak cari perhatian pun. Apa yang saya tulis di Threads adalah luahan isi hati sendiri. Apa yang dibalas juga untuk menjaga nama saya dan Zaki.

Osama menepis dakwaan hubungan dengan Zaki (kiri) bermasalah. 

"Kalau saya nak tarik perhatian, lebih baik saya buat benda yang pelik," katanya ketika dihubungi mStar.

Osama sebelum ini menulis luahan enggan terus dibayangi imej bapanya iaitu penyanyi Datuk Jamal Abdillah dan dia mahu terus membina jenama sendiri dalam kerjaya seni.

Hantaran tersebut juga dibuat selepas Zaki dalam satu temu bual memberi cadangan kepada abangnya untuk membuat kandungan media sosial melibatkan bapa mereka agar mendapat perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Osama tak kecil hati, turunkan ego sebagai abang terima nasihat Zaki Yamani 

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan Osama baik, Zaki Yamani anggap isu salah faham sudah selesai

Menulis perkara tersebut di media sosial, ada pula yang beranggapan hubungan kedua-dua mereka tidak baik.

"Kalau difikirkan secara matang dan waras, memang betul apa dikatakan Zaki itu. Dia berkongsi nasihat untuk saya lebih berjaya di masa akan datang.

"Ada pula yang cuba melagakan dan sesetengah pihak melihat kami bergaduh. Semua itu tidak benar. Kami baik-baik sahaja," tegasnya.

Kalau saya nak tarik perhatian, lebih baik saya buat benda yang pelik

OSAMA YAMANI 

PENYANYI

Bercakap tentang perjalanan seni, Osama bakal tampil dengan beberapa lagu baharu hasil kolaborasi dengan sebuah syarikat rakaman.

Menurutnya, karya tersebut menonjolkan sisi sebenar dirinya selain satu bentuk terjemahan apa yang dimahukan dalam kerjaya muzik.

Osama tampil dengan sisi berbeza dalam lagu baharu. 

"Untuk lagu-lagu akan datang, saya boleh katakan Osama yang baru. Sebelum ini saya selalu ikut kemahuan orang seperti komposer dan syarikat rakaman. Kali ini saya dapat luahkan sendiri apa yang saya mahu.

"Saya mahu jadi diri sendiri dan tampil dengan lagu yang boleh memikat hati semua orang," ujarnya.

Artikel Lain