CADANGAN penyanyi Zaki Yamani agar abangnya, Osama Yamani, menghasilkan lebih banyak kandungan bersama bapa mereka, Datuk Jamal Abdillah, bukan kerana mahu menumpang populariti penyanyi legenda itu.Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, sebaliknya menjelaskan kenyataannya sebelum ini mungkin disalah tafsir sehingga menimbulkan salah faham antara mereka, namun perkara itu kini sudah diselesaikan selepas Osama menghubunginya secara peribadi. "Dia ada hantar mesej minta maaf dan sokongan apa saya cakap. Dia kata akan lebih berusaha lagi. "Saya rasa dia (Osama) salah anggap tu. Mungkin dia tak baca artikel yang keluar di media. Zaki tampil memberi respons terhadap kenyataan Osama di Threads."Bila dia baca barulah dia faham agaknya. Itu pentingnya kita kena selidik dulu sebelum keluarkan apa-apa kenyataan," katanya kepada mStar. Zaki berkongsi perkara itu ketika ditemui di Hari Gabungan Kuasa, Meet & Greet AMT 2026 yang diadakan di MyKart Raceway, Shah Alam pada Ahad. Dalam pada itu, Zaki menegaskan kandungan bersama Jamal bukan satu strategi untuk membina kerjaya sebaliknya sekadar berkongsi momen santai bagi menghiburkan peminat."Saya dengan abang okay saja. Apa yang nak disampaikan, saya pun usaha untuk buat content sendiri, tapi kalau ada waktu dengan ayah, bila berpeluang saya gunakanlah. ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani nasihat Osama lebih rajin buat ‘content’, gunakan Jamal Abdillah... “Babah muka masam pun buat je”ARTIKEL BERKAITAN: Osama Yamani akui sukar masih dibayangi Jamal Abdillah, enggan putus asa... “Aku ada barang“"Saya buatlah content dengan dia (Jamal) menari ke apa, bukan maksudnya nak gunakan dia betul-betul (ambil kesempatan). "Kita buat content macam ini bukan untuk karier, beza tu. Content itu hanya untuk suka-suka, menghiburkan orang," ujarnya. Mengulas lanjut, Zaki berkata Osama sebenarnya mempunyai kelebihan untuk menghasilkan kandungan bersama Jamal kerana mereka tinggal serumah."Dia ada kelebihan sebab duduk sekali dengan ayah. Saya tidak. Bila saya tak duduk sekali, saya kena fikir content nak buat apa. "Bila dia memang dah ada dengan ayah, boleh saja buat content sekali. Kalau saya jadi dia, saya dah buat. Zaki memberitahu content bersama Jamal (kanan) hanya sekadar untuk suka-suka."Sebab dia pernah tanya, saya suruh dia cuba buat content dengan ayah. Saya sekadar beri cadangan saja. Kalau tak nak ikut pun tak mengapa," katanya. Sebelum ini, Osama menerusi perkongsian di Threads memaklumkan dia enggan terus dibayangi nama bapanya dalam mengatur langkah sebagai anak seni.Meskipun mengakui laluannya tidak mudah, Osama yakin usaha yang dilakukan sendiri pasti membuahkan hasil kelak.Kenyataan itu dipercayai dibuat sebagai respons terhadap Zaki yang sebelum ini ditemu bual media dan menasihatinya supaya lebih banyak menghasilkan kandungan media sosial bersama Jamal.