TRAGEDI membabitkan pelajar tingkatan empat, Allahyarham Irene Sofiya, membuatkan pengacara Uyaina Arshad mula mempersoalkan tahap keselamatan anak-anak di sekolah ketika ini.Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, yang mempunyai tiga anak lelaki juga mengakui bimbang memikirkan sama ada dirinya sudah cukup mendidik anak-anak agar tidak menjadi individu yang boleh memudaratkan orang lain. "Apa yang sedang berlaku dengan anak-anak kita di sekolah?"Kenapa semakin kerap kita dengar tentang buli, keganasan, penderaan, dan kejadian-kejadian yang langsung tak pernah kita bayangkan boleh berlaku dalam ruang yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak kita belajar dan membesar?Uyaina berharap dapat membesarkan dan mendidik anak-anak lelakinya dengan baik."Sebagai ibu kepada tiga orang anak lelaki, saya takut," katanya. Uyaina berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Isnin. Dalam pada itu, Uyaina turut meluahkan kebimbangannya bukan hanya terhadap keselamatan anak-anak, malah dia turut memikirkan tanggungjawab sebagai ibu dalam membentuk keperibadian mereka."Bukan sahaja takut kalau sesuatu berlaku kepada anak-anak saya, tapi takut memikirkan adakah saya sedang membesarkan anak-anak lelaki yang tahu bagaimana untuk menjaga dan tidak memudaratkan manusia lain?ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Tingkatan 4 ditemukan berlumuran darah di dewan sekolah, nenek sempat ajar mengucap sebelum meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad pelik penganjur minta buka tudung jadi pengacara... “2026 dan masih macam ini?“"Sebab tanggungjawab kita sebagai ibu bapa bukan sekadar memastikan anak-anak pandai dan berjaya. "Kita juga perlu membesarkan anak yang tahu bahawa kekuatan bukan lesen untuk menyakiti," ujarnya.Uyaina bagaimanapun berpendapat isu keselamatan dan pembentukan sahsiah anak-anak tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya di bahu pihak sekolah dan guru."Biasanya sekolah dan guru selalu dipersalahkan bila ada sesuatu berlaku dalam perkarangan sekolah. Tapi ini bukan tanggungjawab sekolah saja. "Ini tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dan masyarakat. Ini kerana untuk membesarkan seorang anak, ia memerlukan sokongan dan kerjasama daripada seluruh masyarakat. Uyaina dikurniakan tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan dengan Raja Syahiran (kiri)."Secara peribadi, saya rasa kita kena mula bercakap dengan anak-anak tentang perkara-perkara besar, bukan tunggu bila mereka dewasa," katanya. Sebelum ini dilaporkan Irene Sofiya ditemukan tidak bernyawa di kawasan dewan sebuah sekolah di Yong Peng kira-kira 5.30 petang, Sabtu.Mangsa dipercayai hadir ke sekolah untuk mengikuti kelas tambahan sebelum ditemukan dalam keadaan berlumuran darah oleh neneknya, Jameyah Rabani, 66, bersama rakan mangsa selepas menyedari mangsa tidak pulang ke rumah.Susulan kejadian itu, seorang suspek remaja lelaki berusia 16 tahun direman selama enam hari bagi membantu siasatan.