SEORANG pelajar perempuan maut disyaki dibunuh di dalam sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Johor pada Sabtu.Mangsa berusia 16 tahun yang dikenali sebagai Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh neneknya di dalam dewan sekolah pada waktu petang. Memetik laporan Sinar Harian, nenek mangsa, Jameyah Rabani berkata, dua rakan Irene datang ke rumah untuk bertanyakan keberadaan pelajar itu kira-kira pukul 5.30 petang.Menurutnya, kedua-dua rakan cucunya itu hairan apabila motosikal milik Irene masih berada di sekolah, sedangkan mereka tidak menemuinya.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar 14 tahun meninggal dunia, dipercayai akibat dibuliTidak sedap hati, dia kemudian mengajak anak sulungnya Siti Nur Faeza, 45, untuk mencari Irene di sekolah yang terletak tiga kilometer dari rumah mereka.Tidak lama kemudian, salah seorang rakan cucunya menjerit dan memanggilnya untuk datang ke dalam dewan sekolah.Sebaik tiba di lokasi, dia melihat cucunya yang berlumuran darah masih memberikan reaksi apabila namanya dipanggil, namun berada dalam keadaan lemah."Saya pegang dan ajar dia mengucap. Dia sempat pandang muka sebelum terkulai dan tidak bergerak lagi," kata wanita berusia 66 tahun itu.Jameyah yang menetap di Kampung Parit Selamat berkata, dia menjaga cucunya itu sejak berusia sembilan tahun selepas ibu remaja tersebut meninggal dunia akibat kanser hati, manakala bapanya bekerja di Kuala Lumpur.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani memaklumkan kes masih dalam siasatan.