suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluarga mangsa tikam di Bandar Utama saman agensi kerajaan, beberapa pihak lain

Wong Lee Ping (kiri) tidak dapat menahan sebak ketika upacara penghormatan terakhir Shing Xuen pada 17 Oktober tahun lalu. -Foto ART CHEN/The Star

IBU dan kakak kepada pelajar Tingkatan Empat, Yap Shing Xuen yang maut ditikam pada 14 Oktober tahun lalu, memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa pihak berhubung kematian remaja berkenaan.

Saman tersebut difailkan Wong Lee Ping bersama anak sulungnya pada 1 Oktober menerusi firma guaman Tetuan Surendra Ananth.

Antara pihak yang dinamakan sebagai defendan termasuk beberapa agensi kerajaan, ibu bapa kepada remaja lelaki yang didakwa membunuh Shing Xuen serta remaja berkenaan sendiri.

Menurut Lee Ping, keluarganya percaya tragedi tersebut mungkin dapat dielakkan sekiranya pihak berkaitan mengambil langkah sewajarnya, khususnya dalam menangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar.

"Ini bukan soal membalas dendam. Ia adalah untuk memastikan pihak yang berkenaan dipertanggungjawabkan supaya kejadian sebegini tidak berulang kepada mana-mana kanak-kanak lain," katanya dalam satu kenyataan.

Lee Ping berkata, ibu bapa kepada remaja terbabit turut dinamakan sebagai defendan kerana mendakwa terdapat tanda-tanda amaran sebelum kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja tikam mati pelajar senior terlepas tuduhan bunuh... Mahkamah sahkan hidap skizofrenia serius

Katanya, ibu bapa remaja terbabit mempunyai tanggungjawab untuk memastikan anak mereka tidak melakukan perkara yang boleh memudaratkan orang lain.

Dalam pada itu, Lee Ping turut menekankan keperluan supaya dasar berkaitan kesihatan mental dalam kalangan murid dan pelajar dilaksanakan secara menyeluruh.

Mengenang kembali detik hitam yang menimpa keluarganya, Lee Ping berkata dia masih menyangka anak gadisnya akan pulang ke rumah seperti biasa selepas keluar ke sekolah pada 14 Oktober 2025.

"Tetapi pada hari itu, saya kehilangan seorang anak perempuan dan anak sulung saya kehilangan adiknya.

"Tiada ibu atau kakak sepatutnya melalui apa kami lalui. Kami mahu mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan," katanya lagi.

Shing Xuen maut selepas ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Utama pada 14 Oktober, tahun lalu.

Pada 14 September lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan remaja lelaki terbabit dibebaskan daripada pertuduhan membunuh selepas mendapati dia tidak siuman semasa kejadian berlaku.

Mahkamah turut memerintahkan remaja berkenaan dimasukkan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk menjalani rawatan.

Artikel Lain